Oleh pada 09 Dec 2018 kategori

Kek batik merupakan sejenis kek pencuci mulut yang tidak perlu dibakar. Kek ini dibuat dengan mencampurkan biskut Marie yang dihancurkan dan digabungkan dengan sos coklat atau kastard cair yang dibuat dengan telur, mentega atau marjerin, susu pekat, Milo dan serbuk coklat. Kek ini biasanya dihidangkan semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Krismas. 

Asal-usul kek ini tidak dapat dipastikan. Ia sama seperti hedgehog slice dan kek biskut coklat Prince William yang terkini walaupun terdapat beberapa bahan yang berbeza.

Oleh kerana Malaysia dan Brunei pernah menjadi tanah jajahan Great Britain, kek ini dipercayai telah diperkenalkan oleh British. Kek batik di Brunei mempunyai topping berwarna hijau.

Kek Batik Milo

Kredit foto: Umi Hariani‎ (Gambar sekadar hiasan dan bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 400-500gm paket biskut Marie
  • 3 cawan Milo
  • ½ tin susu pekat manis (tin yang biasa) - mengikut tahap kemanisan masing-masing
  • 1 buku buttercup

Cara penyediaan:

1. Cairkan mentega dalam periuk. Apabila telah cair, masukkan susu pekat. Gaul sebati menggunakan api sederhana.

2. Masukkan milo ke dalam periuk. Gaul sehingga sebati. Pastikan tiada milo yang berketul-ketul.

3. Masukkan esen vanila dalam periuk. Gaul sebati dan padam api.

4. Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam periuk dan gaul rata.

5. Masukkan dalam bekas atau loyang yang sudah dialas dengan plastik.

Nota: Plastik diletak untuk memudahkan proses keluarkan dari bekas.

6. Simpan dalam peti ais sebentar.

Resepi Bonus: Kek Batik 3 Bahan 

kek batik 3 bahan

Kredit foto: Tuan Adriana Arissa & Razzieah Rashid (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut Marie (pemilik resepi guna jenama Tiger)
  • ½ buku buttercup
  • 3/4 tin susu pekat coklat Saji

Cara penyediaan:

1. Cairkan mentega.

2. Masukkan susu pekat coklat Saji. Kacau sebati.

3. Masukkan biskut. Kacau cepat-cepat sehingga sebati. Tutup api.

4. Masukkan dalam bekas dan tekan sehingga padat. Boleh simpan di peti jika suka kek yang keras dan biarkan di luar jika suka kek yang lembut.

Sumber:

1. Sharifah Al-Qadry [1, 2

2. Tuan Adriana Arissa [1, 2]

3. Wikipedia Kek Batik




Hakcipta iluminasi.com (2017)