Oleh pada 25 Oct 2019 kategori

Burger mini (mini burger) bersama roti yang berwarna-warni merupakan sebuah menu yang ringkas dan penuh berkhasiat. Ia amat sesuai bagi golongan ibu yang berkerjaya kerana cara membuatnya adalah senang dan pantas.

Bersaiz comel dan lembut, ia pastinya menjadi kesukaan golongan kanak-kanak. Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak.

Mini Burger

Bahan A:

  • Tepung berprotein tinggi (high protein flour) (500g)
  • Gula pasir (60g)
  • Yis (11g)
  • Bread improver (1 sudu kecil) - boleh abaikan jika guna cream super, K-fine, RFB dan sebagainya

Bahan B:

  • Marjerin (100g)

Bahan C:

  • Telur (1 biji)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Air sejuk dari peti

Timbang atau masukkan semua bahan C menjadi 315ml.

Cara penyediaan:

  1. Campurkan bahan A dan C. Uli sehingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan marjerin dan uli sehingga doh elastik ataupun licin.
  3. Bahagikan berapa bahagian mengikut jumlah warna yang hendak digunakan. Pemilik resepi bahagikan 200g bagi setiap warna.
  4. Timbang 20g untuk mini burger.
  5. Bulat-bulatkan (rounding) dan masukkan dalam muffin cup.
  6. Biarkan doh kembang 2 kali ganda.
  7. Sembur (spray) air di permukaan doh roti sebelum bakar dan tabur bijan.
  8. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160' selama 20 minit. Gunakan api atas bawah, mengikut suhu ketuhar masing-masing.

Tips:

  • Satu adunan boleh menghasilkan anggaran 48 biji.  
  • Pewarna yang sesuai digunakan ialah jenis oil yang ada dijual di kedai bakeri.
  • Tujuan air dispray supaya permukaan tidak kering.  
  • Untuk dagingnya, boleh gunakan nugget tempura. 

mini burger 1

mini burger 2

Sumber:

1. Anna Asri [1, 2]

2. Dropship Home Bisness (iejafaiziah.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)