Nasi beringin atau juga dikenali sebagai nasi serai merupakan suatu menu yang senang untuk disediakan memandangkan bahan-bahannya sememangnya sudah berada di dapur.

Beras basmathi digunakan dalam menghasilkan hidangan ini. Untuk lebih mudah, boleh gunakan beras biasa atau beras siam. Cantik dan nasinya juga tidak patah.

Bahan-bahan yang digunakan kesemuanya adalah bahan asli tanpa pewarna atau lain-lain. Aroma dari serai dan daun pandan amat membuka selera ketika dalam proses memasak.

Jika meletakkan jintan, ketika menumis jintan tersebut kelihatan berbiji-biji dalam nasi. Namun, jintan yang garing tersebut amat lazat apabila tergigit.

 

Nasi Beringin atau Nasi Serai

  

nasi beringin atau nasi serai

 

Bahan-bahan:

  • Beras basmathi (4 cawan) - pemilik resepi guna beras biasa
  • Air (6 cawan)
  • Pati ayam (1 kiub)
  • Serai (5 batang) - dititik
  • Daun pandan (2 helai) - disimpul
  • Bunga lawang (2 kuntum)
  • Buah pelaga (5 biji)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Bawang besar (1 biji) - dihiris
  • Bawang putih (3 ulas) - ditumbuk
  • Garam (1 camca kecil)
  • Minyak masak (3 sudu) / minyak sapi (3 sudu)

 

Cara memasak :

1. Panaskan minyak masak atau minyak sapi dalam periuk.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.

3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

4. Masukkan serai, air diikuti dengan kiub pati ayam.

5. Masukkan garam dan beras yang telah dibasuh.

6. Masukkan daun pandan yang disimpul.

7. Masak dalam periuk nasi sehingga masak.

 

Nota:

✔ Apabila memasak menu ini, ia pasti berbau harum satu rumah.

✔ Ia boleh dimakan dengan daging atau ayam masak palembang; ayam masak merah; kari ayam, daging atau kambing; dan rendang ayam atau daging.

 

Sumber:

1. Shila Indah [12]

2. Teratak Mutiara kasih [12]


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)