bihun goreng singapore

Anda penggemar bihun goreng Singapore, tapi tidak tahu cara memasaknya? Mungkin ada di antara anda yang pernah merasai keenakannya namun tidak tahu itu sebenarnya adalah bihun goreng Singapore. Untuk pengetahuan anda, bihun goreng Singapore berwarna putih. 

Berdasarkan namanya sahaja, sudah tentu ramai menganggap menu ini berasal dari negara Singapura. Namun, kesahihannya tidak dapat pula dipastikan.  

Penulis sendiri sememangnya lebih gemar akan bihun goreng Singapore berbanding bihun goreng biasa. Rasa pedasnya tu memang buat satu pinggan pun tak cukup.

Apa rahsia untuk memberi kesedapan pada menu ini? Tentulah udang kering. Resepi ini amat mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa pun. 

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji bawang merah
  • 5-6 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

bihun goreng singapore 1 863

Cara penyediaan:

1. Kisar lumat bahan yang tadi.

2. Kopek kulit udang.

3. Rendam bihun 400gm bagi lembut.

4. Kucai berharga RM1 dipotong dalam 4cm.

bihun goreng singapore 2

Tips: Jika ada lobak, hiris halus memanjang seperti kucai. Letak dalam bihun pun lebih sedap. Pemilik resepi tiada lobak pada masa ini.

Cara memasak:

1. Bahan yang telah siap dikisar seperti dalam gambar pertama dibawah.

2. Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan atau brown .

3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4. Masukkan udang.

5. Masukkan bihun yang telah ditoskan.

6. Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.

bihun goreng singapore 3 184

bihun goreng singapore 4

Makan dengan sambal kicap menambahkan lagi kesedapan bihun goreng Singapore

Sumber: ‚ÄéHabeebah Md Daud


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)