Oleh pada 11 Dec 2018 kategori

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat merupakan sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat.

Beras pulut ini akan dimasak bersama santan lalu disumbat ke dalam sotong dan dihidang dengan kuah santan. Pulut beras merah turut dipakai untuk membuat ketupat sotong.

Ketupat Sotong Mudah dan Cepat

Kredit foto: Nor Mazidah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong
  • 3/4 kg beras pulut
  • 1/2 kg santan
  • 4 keping gula melaka / manisan
  • Secubit garam
  • Daun pandan
  • Lidi (untuk cucuk kepala sotong)

Cara-cara membuat:

1. Rendamkan beras pulut selama 30 minit atau mengikut kesukaan masing-masing.

2. Bersihkan sotong dari kotorannya.

3. Selepas itu, bersihkan pulut, masukkan sedikit santan dan beberapa cubit garam bersama-sama.

4. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tersebut.

5. Sumbatkan sotong dengan pulut yang berisi santan sehingga gemuk-gemuk jadinya.

6. Panaskan periuk dan masukkan santan yang selebihnya.

7. Masukkan sotong-sotong yang telah diisi pulut didalamnya bersama-sama.

8. Campakkan daun pandan yang telah diikat bersimpul.

9. Kemudian, masukkan beberapa keping / kerek gula melaka (orang Kelantan panggil 'nisey').

10. Biarkan semuanya sebati seketika. Kemudian, siap untuk dihidang.

Resepi Bonus: Ketupat Sotong Versi Kelantan 

ketupat sotong versi kelantan

Kredit foto: سلوى زين & Iqa Hj Adnan (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Beras pulut (rendam dahulu dalam 30 minit)
  • Gula melaka
  • Sedikit garam
  • Santan pekat
  • Daun pandan
  • Lidi / pencungkil gigi

Cara penyediaan:

1. Ambil sotong, isikan dengan beras pulut. Isi 3/4 penuh. Jika penuh sangat, ketupat akan menjadi keras atau pulut separuh masak.

2. Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.

3. Susun daun pandan di dalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong dalam periuk dan masukkan santan pekat tadi. Letak santan sehingga tenggelam sotong.

4. Rebus sotong. Apabila sotong hampir masak atau santan sudah semakin kurang, selepas itu masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil. Masak sehingga nise cair dan kuah menjadi pekat.

Sumber:

1. Redzuan Abd Manaf [1, 2]

2. Iqa Hj Adnan [1, 2]

3. Wikipedia Ketupat Sotong




Hakcipta iluminasi.com (2017)