Makaroni merupakan sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit. Ia berasal dari Itali dan dibuat daripada gandum durum, lazimnya tanpa telur. Ia lazimnya dipotong pendek; kalau dipotong panjang dengan lengkung ia lazimnya dipanggil makaroni siku.

Beberapa mesin rumah dapat membuat bentuk makaroni, namun, seperti majoriti pasta, makaroni lazimnya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar. Bentuk melengkung terjadi kerana kelajuan yang berlainan pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin.

Di Amerika Utara, makaroni yang paling lazim dijual ialah bentuk siku.

Selain hidangan sama seperti yang dibuat dengan lain-lain jenis pasta, makaroni dan keju adalah hidangan terkenal di negara-negara berbahasa Inggeris, selalu dibuat dengan makaroni siku. Puding makaroni manis, serupa dengan puding beras, juga selalu dibuat.

Di kawasan yang ramai orang Cina yang terdedah kepada pengaruh budaya Barat, seperti Hong Kong, Macao, Malaysia dan Singapura, masyarakat Cina tempatan menggunakan makaroni sebagai bahan untuk masakan Barat gaya-Cina.

Di cha chaan teng ("Teh Restoran") Hong Kong dan kopi tiam ("kedai kopi") Asia Tenggara, makaroni dimasak dalam air sebelum dibasuh kanjinya, dan telah dihidang dalam sup jernih dengan ham atau sosej frankfurter, kacang, cendawan hitam, dan telur; seakan-akan hidangan mi sup. Ia kebiasaannya disajikan sebagai sarapan pagi atau makan tengah hari ringan.

Makaroni Cheese Paling Senang Dibuat

makaroni cheese

Rasa udang, makaroni, dan cendawan shitake berlumuran cheese memenuhi ruang mulut

Bahan-bahan:

  • Makaroni (kuantiti ikut citarasa)
  • Susu full cream (lebih kurang 2 cawan)
  • Mentega (50gm) - ambil 1/5 dari satu buku
  • Tepung gandum (2 sudu makan)
  • Cheese cheddar (lebih kurang 5 keping)
  • Sedikit garam atau diganti dengan kiub ayam
  • Minyak masak (anggaran 3 sudu)
  • Udang segar
  • Cendawan shitake dalam tin
  • Blackpepper (sedikit) - tiada pun tidak apa

Cara penyediaan:

Makaroni dan udang

➡ Didihkan air, letak secubit garam dan 3 sudu minyak masak.

➡ Masukkan makaroni sehingga kembang. Biasanya 8-10 minit sahaja, bergantung kepada jenama.

➡ Angkat dan toskan.

➡ Minyak masak tadi boleh juga jika mahu gaul setelah makaroni ditoskan.

➡ Celurkan atau rebus udang. Biasanya tidak lebih 10 minit supaya udang segar dan juicy. Toskan juga.

 

Kuah cheese

➡ Cairkan mentega.

➡ Masukkan sedikit garam atau kiub ayam dan tepung gandum.

➡ Sebatikan.

➡ Masukkan susu full cream.

➡ Didihkan sederhana dan masukkan cheese cheddar. Api perlahan.

➡ Kacau sehingga cheese cair.

➡ Kacau lagi sehingga kuah likat sedikit.

 

Boleh letak makaroni, udang dan cendawan shitake siap-siap atas pinggan dan terus curah kuah cheese tadi panas-panas. Taburkan sedikit blackpepper dan siap.

makaroni cheese 2

Kredit foto: Napisah Abdullah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Follow Facebook Hafiez Bunaim untuk resepi-resepi lain.

Sumber:

1. Hafiez Bunaim [1, 2]

2. Wikipedia Makaroni



Hakcipta iluminasi.com (2017)