Apam pisang merupakan sejenis kuih yang asalnya pada zaman dahulu hanya menggunakan bahan asas sahaja iaitu tepung gandum, gula, kelapa dan ibu apam (marupan). Ketika itu, semua bahan dibancuh pada waktu malam, diperap semalaman dan dikukus keesokan paginya.

Ia akan menjadi lebih enak jika dicicah dengan kelapa muda parut. Jika tidak, anda akan seperti memakan kek pisang kukus apabila dinikmati begitu sahaja.

Apam pisang mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Untuk mendapatkan warna apam yang lebih gelap, anda boleh menggantikan gula pasir putih dengan gula perang. Hidangan ini cukup sesuai jika dijadikan sebagai sarapan atau minum petang.

Apam Pisang

apam pisang

Bahan-bahan A:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (2 sudu kecil)

Bahan-bahan B:

  • Minyak masak (1 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Telur gred A (3 biji)
  • Pisang berangan/emas (5 biji)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Hirisan pisang - untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayak semua bahan A.
  2. Kisar semua bahan B sehingga sebati kecuali hirisan pisang.
  3. Masukkan bahan B ke dalam tepung. Kacau menggunakan senduk sehingga rata dan sebati adunan.
  4. Masukkan ke dalam paper cup atau muffin tray. Sapukan sedikit minyak jika menggunakan muffin tray (sapu minyak hanya sekali sahaja).
  5. Hias apam tersebut dengan hirisan pisang.
  6. Kukus di atas api yang besar selama 15 minit dan siap untuk dihidang.

apam pisang 1

apam pisang 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber: 

1. Shima Bakar [1, 2]

2. Sajian Dapur Bonda (sajiandapurbonda.blogspot.com) [12]

3. Syapex Kitchen (syapex.blogspot.com) [12]

4. Cooking With Soul (suzana-ciksue.blogspot.com) [12]

5. Cute Oven, Small Kitchen (ovenkecil.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)