Oleh pada 27 May 2021 kategori

Meringue kisses boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara. Ia boleh terus diambil apabila mahu digunakan sebagai hiasan di atas kek harijadi.

Untuk resepi bonus iaitu air markisa, gula batu putih boleh digunakan bagi menggantikan gula batu madu. Tambah sahaja madu asli atau juga boleh tanpa madu.

Meringue Kisses

Bahan-bahan:

  • Putih telur gred A (2 biji) - jangan ada sedikit pun telur kuning
  • Gula aising (140 gram)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan (mixing bowl). Kacau rata dengan pemukul. Kemudian, double boil dan kacau dengan pemukul sehingga gula tersebut larut. Terus kacau, jangan berhenti.
  2. Kemudian, rasa dengan jari sama ada gula sudah larut atau belum.
  3. Apabila gula sudah larut sepenuhnya, sudah boleh berhenti double boil dan pukul pula dengan pengadun kelajuan maksimum sehingga menjadi stiff peak. Boleh letakkan esen vanila atau apa-apa perasa yang lain dan kacau rata.
  4. Boleh letakkan warna mengikut kesukaan dan boleh juga gunakan pelbagai nozzle kegemaran.
  5. Akhirnya, masukkan dalam piping bag dan pipe atas baking paper satu persatu.
  6. Cara-cara bakar pula, letak di rak yang tengah. Suhu 100'C sahaja selama 60 minit. Tidak boleh suhu panas, nanti ia merekah.

meringue kisses default 1

meringue kisses default 2

Resepi Bonus: Air Markisa

air markisa default

Bahan-bahan:

  • Buah markisa
  • Gula batu madu
  • Air

Cara-cara penyediaan bergambar:

air markisa default 1

  1. Korek isi markisa. Masukkan terus dalam periuk bersama gula batu dan sedikit air. Agak-agak sahaja. Untuk lebih manis, sila tambah lagi gula batu.
  2. Masak sehingga gula batu cair dan ia menjadi pekat.
  3. Sejukkan dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais. Siap. Apabila mahu diminum, tinggal bancuh sahaja. Kebiasaannya, dua sudu pes markisa untuk segelas air.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Zurila Ghani [12]

2. Fara Dean [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)