Cucur udang merupakan sebuah hidangan ringan yang sedap untuk dinikmati pada waktu petang. Cucur udang yang paling sedap sudah tentunya yang sentiasa rangup biarpun ianya telah sejuk.

Resepi menu-menu seperti mee goreng mamak, passembur mamak atau rojak mamak juga ada menggunakan cucur udang. Anda boleh menyimpan masakan cucur udang yang berlebihan dan menggunakannya bagi tujuan masakan lain seperti di atas.

Cucur Udang Rangup

cucur udang rangup

Bahan-bahan A:

  • Udang
  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Instant yis (1 sudu kecil)
  • Air suam panas (2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Garam halus (1 sudu kecil)
  • Serbuk kunyit (sedikit)
  • Taugeh (segenggam)
  • Daun kucai (10 helai) - dipotong memanjang
  • Lobak merah - disagat
  • CIli merah (1 biji) - dihiris nipis

Bahan sos:

  • Cili merah (5 biji)
  • Cili padi (6-7 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Sos cili (1/2 cawan)
  • Air (4 cawan)
  • Air asam jawa
  • Garam (secukup rasa)
  • Tepung jagung

Cara-cara penyediaan:

1. Ayak tepung, campur semua bahan dan gaul sebati. Perapkan selama setengah jam.

2. Panaskan senduk yang hendak digunakan, letak adunan ke dalam senduk dan letak udang seekor. Apabila cucur tidak melekat di senduk, keluarkan dan goreng sehingga garing.

3. Angkat cucur apabila telah garing dan toskan minyaknya. Ulang sehingga habis adunan tepung tadi.

4. Kisar semua bahan-bahan sos kecuali tepung jagung dan masak sehingga mendidih.

5. Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan tuang ke dalam kuah sos tadi. Masak dan kacau sehingga sebati.

6. Cucur udang rangup sedia untuk dihidang bersama sos.

cucur udang rangup 2

cucur udang rangup 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Anna Asri [123]

2. Perniagaan Katering & Restoren (balannambiar.wordpress.com) [1,  2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)