Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kek keju (cheesecake) mempunyai pelbagai perisa seperti Oreo, mangga dan blueberry. Ia lazimnya mempunyai dua atau lebih lapisan.

Lapisan pertama iaitu kerak lazimnya adalah daripada biskut seperti Oreo, Digestive, Crackers atau kek span. Manakala lapisan kedua ialah lapisan keju yang lazimnya merupakan keju krim (cream cheese) yang dicampur dengan telur, tepung atau gelatin.

Lapisan terakhir iaitu paling atas merupakan lapisan perisa cheesecake. Anda boleh meletakkan buah-buahan segar seperti mangga, strawberi dan blueberry. Selain itu, coklat dan Oreo juga boleh diletakkan.

Terdapat dua kaedah penyediaan kek jenis ini iaitu dengan cara dibakar dan tanpa dibakar. Untuk kaedah tanpa dibakar, ia hanya perlu disejukkan beberapa jam di dalam peti ais sebelum sedia untuk dimakan.

Cheesecake Oreo

cheesecake oreo 1

Kredit foto: Aida Aida (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan base:

  • Oreo (200g) - dihancurkan
  • Mentega (80g) - dicairkan

Bahan-bahan cheesecake:

  • Cream cheese (500g)
  • Krim putar (whipping cream) (300ml)
  • Gula halus (100g) 
  • Susu segar (50ml)
  • Jus lemon (1 sudu kecil)
  • Gelatin halal (1 sudu besar)
  • Air (1/4 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Oreo - dihancurkan

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaul Oreo dan mentega sehingga rata.
  2. Tekan-tekan di dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 180'c selama 10 minit dan disimpan di dalam peti sejuk.
  3. Double boil gelatin dengan air sehingga larut. Ketepikan.
  4. Pukul whipping cream sehingga lembut dan kembang.
  5. Di dalam bekas lain, pukul cream cheese, esen vanila, susu dan gula halus. Masukkan sedikit Oreo dan gelatin yang telah larut tadi. Gaul adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan whipping cream ke dalam adunan dan gaul sehingga rata.
  7. Tuang adunan cheesecake ke dalam loyang bersama base Oreo tadi.
  8. Untuk topping cheesecake, boleh dihias mengikut citarasa masing-masing.
  9. Simpan ke dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Sedia untuk dihidangkan.

cheesecake oreo 2

Kredit foto: Puan Farhan (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Aznie Khasri [1, 2]

2. Shue's Kitchen (shueskitchen.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)