Kek coklat mocca kukus merupakan sejenis kek coklat yang enak dengan gabungan rasa pahit coklat dan Nescafe di dalamnya. Kek ini mempunyai tekstur yang gebu, lembut, lembab dan sedikit berat. 

Apabila dikukus, cantiknya naik dan permukaan di atasnya tidak pecah-pecah. Kek ini sesuai untuk dibuat sebagai hidangan minum petang atau tujuan lain.

Kek Coklat Mocca (Chocolate Mocca Cake)

kek coklat mocca

Kredit foto: Habibah Anuar‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)

Bahan-bahan A:

  • Tepung gandum (3 1/2 cawan)
  • Gula pasir (3 1/2 cawan)
  • Serbuk koko (1 1/2 cawan)
  • Soda bikarbonat (3 sudu kecil)

Bahan-bahan B:

  • Telur gred A (6 biji)
  • Minyak jagung/masak (2 cawan)
  • Susu cair (1 tin)
  • Esen vanila (2 sudu kecil)
  • Air panas (2 cawan)
  • Nescafe (2 sudu kecil) - dibancuh dengan air

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan A dan diayak.

2. Pukul semua telur bersama esen vanila.

3. Bancuh air panas bersama garam.

4. Masukkan minyak ke dalam bahan A dan kacau sebati menggunakan spatula.

5. Masukkan telur, susu dan air panas tadi secara berselang-seli sehingga habis.

6. Akhir sekali, masukkan Nescafe dan kacau sehingga sebati.

7. Didihkan air kukusan dan masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas atau acuan kek.

8. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

9. Hias kek bersama mencurah ganache atau cheese leleh.

kek coklat mocca 1

Kredit foto: Emir Qascha (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek coklat mocca emulco moist

Kek coklat mocca emulco moist. Kredit foto: Acik Mas Shita Ishak‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek coklat mocca 3

Kredit foto: Azima Ramli‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Mar Tini

2. Cute Oven, Small Kitchen (ovenkecil.blogspot.com) [12]

3. Home Sweet Home (ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)