Oleh pada 25 Jul 2019 kategori

Mee goreng basah merupakan salah satu jenis mee goreng. Terdapat beberapa tips untuk menghasilkan mee goreng jenis ini.

Pertama, masak dalam sukatan yang sedikit, contohnya untuk satu atau dua pinggan sahaja. Kedua, mee perlu diangkat dengan cepat selepas masak. Jika ia dibiarkan lama dalam kuali, haba dari dapur tersebut akan mengeringkannya. Tips yang terakhir ialah anda perlu meletakkan banyak air.

Mee goreng basah yang terlalu basah sehingga berkuah menyerupai mee hailam atau mee bandung. Jika anda gemarkan yang terlalu basah, anda boleh meletakkan lebih air.

Mee Goreng Basah

Bahan-bahan A:

  • Mee (5 bungkus)
  • Bawang besar (4 biji)
  • Bawang merah (6 biji)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Cili kisar (3 sudu besar)
  • Kicap masin

Bahan-bahan B:

  • Sos tiram (1/2 cawan)
  • Kicap manis (6-7 sudu besar)
  • Sos tomato (8 sudu besar)
  • Sos ikan (3 sudu besar)

Bahan-bahan C:

  • Air masak (400ml)
  • Sayur sawi - diasingkan batang dan daun
  • Tauhu (4 petak) - digoreng dan dipotong 8
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Taugeh (4 genggam)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh mee sehingga bersih, toskan dan gaul bersama kicap masin secukupnya.
  2. Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi bersama cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Perlahankan api, masukkan semua bahan-bahan B dan masak sehingga 3 minit. Kemudian, masukkan air.
  5. Apabila kuah telah mendidih, masukkan semua bahan-bahan C kecuali taugeh dan daun sawi. Masak selama 2-3 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan daun sawi dan taugeh. Kacau sebati dan tutup api. Siap untuk dihidang.

mee goreng basah 1

mee goreng basah 2

Kredit foto: Rohana Ali Din (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

mee goreng basah 3

Kredit foto: Arieza Rieza (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Parmiati binti Suyudi [1, 2]

2. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)