Oleh pada 04 Jul 2019 kategori

Kuih bahulu merupakan sejenis kuih tradisional yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kali ini, kami akan berkongsikan sedikit petua untuk menghasilkan bahulu yang terbaik. Anda perlu pastikan minyak disapukan pada acuan terlebih dahulu setiap kali mahu mengisikan dengan adunan baru.

Untuk memastikan kuih bahulu anda tahan lama, bakar gula dalam ketuhar seketika sebelum guna sehingga agak-agak hangat sebelum terus tuang ke dalam telur. Dengan cara ini, ia mampu bertahan sehingga sebulan tanpa pengawet berbanding kelazimannya iaitu selama dua minggu.

Bagi tujuan meringankan kuih bahulu pula, anda boleh bakar tepung dalam ketuhar. Ianya dilakukan sebentar sahaja, bukannya lama.

Bahulu

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3-4 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Telur gred B (4 biji)

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng tepung sehingga ringan dan letak di dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula menggunakan pengadun sehingga putih gebu. Letakkan di dalam bekas berlainan.
  3. Sediakan satu bekas berlainan untuk adun tepung dan telur. Sukatannya adalah 1 sudu besar tepung dan 2 senduk telur. Pukul sehingga sebati.
  4. Tuang bancuhan tadi ke dalam acuan bahulu. Bakar di dalam ketuhar menggunakan api atas bawah dengan suhu 125'c selama 5 minit dan naikkan ke 150'c sehingga keperangan dan masak. Suhu dan masa mengikut ketuhar masing-masing.

Tips:

  • Perlu buat bancuhan 1 sudu tepung dan 2 senduk telur setiap kali mahu bakar. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan tepung mengeras sebelum dituang ke dalam acuan, ulang langkah ini sehingga tepung dan telur habis.
  • Jika mempunyai ketuhar yang besar, boleh bakar banyak bahulu dalam satu masa. Boleh gandakan sukatan tepung dan telur tadi.
  • Untuk mengelakkan bahulu melekat kepada acuan, sediakan satu bancuhan telur dadar, sapu minyak dalam acuan bahulu dan tuang bancuhan telur dadar tadi ke dalam acuan tersebut. Kemudian, bakar sehingga masak, keluarkan telur dan boleh mula tuang adunan bahulu. Bahulu tidak lagi melekat kepada acuan.

bahulu 1

bahulu 2

bahulu 3 309

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Sis Kechik [1, 2]

2. Kuih Bahulu Limbang (nurhayatibahululimbang.blogspot.com)




Hakcipta iluminasi.com (2017)