Oleh pada 27 Jul 2019 kategori

Sizzling mee merupakan sebuah menu yang cukup terkenal di kalangan pengunjung medan selera di pusat membeli-belah. Kali ini, kami akan berkongsikan resepinya yang boleh dibuat di rumah sahaja menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Anda boleh mencuba produk yee mee buatan orang Melayu yang dijual dengan harga berpatutan. Ia juga mempunyai tesktur yang lembut dan tiada bau kapur. Yee mee boleh digantikan dengan mee kuning atau mee Hokkien.

Jika anda tidak mempunyai hot plate, kuah boleh dimasak dalam kuali. Apabila ia telah masak, pindahkan dalam non stick pan untuk mendapatkan telur seperti yang dihidangkan di kedai makan.    

Sizzling Mee

Bahan-bahan A:

  • Yee mee
  • Daun sawi
  • Telur
  • Bawang putih (5 ulas) - dicincang halus
  • Halia (1/2 inci) - dicincang halus
  • Fishball (3 ketul) - dihiris
  • Ayam - dipotong dadu
  • Cendawan shitake (6 kuntum)
  • Cili kering (4 biji) - dipotong kecil
  • Sos tiram (4 sudu besar)
  • Kicap cair (3 sudu besar)
  • Kicap pekat (3 sudu besar makan)
  • Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Tepung jagung (2 sudu besar) + air (secawan)
  • Minyak
  • Air (4 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendamkan cendawan shitake sehingga lembut. Kemudian, ia dipotong 4.
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, fishball, cili kering, lada hitam, cendawan dan minyak bijan.
  4. Apabila ayam telah masak, masukkan semua sos dan kicap.
  5. Masukkan juga bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga pekat.
  6. Panaskan plate, letak yee mee dan daun sawi.
  7. Curahkan kuah tadi dan pecahkan telur. Biar berasap dan mee masak dengan api sederhana.
  8. Jika tiada hot plate, boleh guna kuali atau periuk kecil.

sizzling mee 1

Kredit foto: Norhakimah Hanafi (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

sizzling mee 2

Kredit foto: Wan Halimatun Wan (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

sizzling mee 3

Kredit foto: Fauziah Hashim (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Yusuf Yaacub [1, 2]

2. Ini Adalah Bellarina Natasya (bellajamal.com) [1, 2]

3. Riwana (riwanna.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)