Juadah rendang sering dikaitkan dengan bahan-bahan lazim seperti ayam dan daging. Namun, rendang kerang juga tidak kurang hebatnya dari segi rasa biarpun jarang dibuat.

Halia muda merupakan bahan rahsia yang jarang diletakkan bagi menghasilkan rendang pedas kerang yang lebih bercitarasa. Hirisan halia muda diletakkan, ditumis layu terlebih dahulu dan bahan-bahan lain dimasukkan.

Selain itu, saiz isi kerang juga penting dimana isinya yang besar mewujudkan keenakan rasanya. Namun, kini kerang yang bersaiz besar agak susah untuk diperolehi. 

Rendang kerang mempunyai aroma yang amat membuka selera. Ia enak dinikmati dengan nasi panas atau dicicah dengan ketupat pulut, lemang dan ketupat nasi.

Rendang Kerang

rendang kerang

Bahan-bahan A:

  • Isi kerang
  • Santan
  • Kerisik
  • Serbuk kari
  • CIli kisar

Bahan-bahan B:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Lengkuas
  • Serai

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan-bahan B dan tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kari, cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kerang, santan dan kerisik.

4. Apabila kerang sudah masak, letak gula dan garam secukup rasa.

5. Masak sehingga kuah pekat dan siap untuk dihidang.

rendang kerang 1

rendang kerang 2 15

Kredit foto: Nurra Hailie‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

rendang kerang 3

Kredit foto: Anaman Aariz‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Isasha Azaim [1, 2, 3]

2. Sajian Dapur Bonda (sajiandapurbonda.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)