Koktel delima juga kadangkala dipanggil sebagai bubur delima, manisan delima, biji Delima Thai dan tub tim grob. Ini kerana rupanya yang kelihatan tidak ubah seperti buah delima yang sebenar.

Mengikut resepi asal dari Thailand, sengkuang yang dipotong kiub digunakan untuk membuat red ruby tersebut. Untuk hasil yang rangup, anda boleh gunakan sengkuang cina (water chestnut). 

Untuk rasa yang lebih sedap dan wangi, anda boleh tambahkan isi nangka yang dipotong kecil. Jika anda tidak begitu rajin, ia juga boleh dihiris secara panjang.

Koktel Delima

koktel delima 751

Bahan-bahan:

  • Tepung ubi (1 cawan)
  • Air (150ml)
  • Pewarna merah
  • Air gula (1/2 cawan)
  • Susu cair (1 tin)
  • Agar-agar

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuh tepung ubi dengan air. Tambah tepung jika bancuhan kurang pekat.
  2. Tuang bancuhan tepung ke atas kain dan biarkan kering.
  3. Dengan menggunakan berus, warnakan bancuhan tepung yang telah kering.
  4. Potong tepung yang telah kering kepada saiz dadu.
  5. Rebus sehingga kelihatan seperti buah delima.
  6. Angkat dan rendamkan ke dalam air sejuk.
  7. Masak air gula bersama susu cair.
  8. Hidang delima, susu, agar-agar dan ais.

koktel delima 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Salema Asyaari [1, 2, 3]

Sumber informasi:

1. Norliyana Ali, Siti Noraini, Hani Hadzri & Jia Apaseah [1, 2, 3, 4, 5]

2. Aisyah Sheila & Rahimah Ahmad [1, 2, 3]



Hakcipta iluminasi.com (2017)