Ikan celup tepung merupakan sebuah hidangan yang enak hasil gabungan tepung yang rangup dan ikan yang segar. Ia enak jika dinikmati ketika masih panas.

Ia merupakan menu ikonik dari Terengganu, sebuah negeri menghadap Laut China Selatan. Laut China Selatan sememangnya terkenal dengan kekayaan makanan laut seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya.

Penduduk Terengganu biasanya menikmati ikan celup tepung sebagai kudapan pada waktu petang sambil bersantai di tepi pantai. Ia boleh dicicah dengan sos keropok lekor yang didapati secara pakej ketika membeli keropok lekor.

Sos tersebut mempunyai rasa masam, manis dan sedikit masin. Meskipun berwarna gelap, ia tetap enak dan mempunyai rasa yang lain dari sos cili Thai.

Ikan Celup Tepung

ikan celup tepung

Kredit foto: Rosma Nik Abdul Aziz (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)

Bahan-bahan:

  • Ikan yang bersesuaian/seafood
  • Tepung beras
  • Telur
  • Serbuk kunyit
  • Kapur (sedikit)
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung beras, telur, kunyit dan garam secukup rasa.

2. Masukkan sedikit kapur dan kacau sehingga sebati.

3. Adunan tepung sudah sedia jika dicelup ikan, tepung melekat pada ikan.

4. Celup semua ikan atau seafood ke dalam tepung.

5. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing dan siap untuk dihidang.

ikan celup tepung 1

Kredit foto: Rosma Nik Abdul Aziz (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

ikan celup tepung 2

Kredit foto: Sharifah Ag (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

ikan celup tepung 3

Kredit foto: Onie Farizah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Yuss Aisya [1, 2]

2. Namakucella (namakucell.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)