Kek kurma merupakan sebuah kek yang tidak asing lagi di kalangan kita.

Apa kata anda lakukan kelainan dengan mencuba resepi ini yang menggabungkan kurma bersama coklat.

Ia juga tidak menggunakan telur selain masih menjadikan kurma sebagai bahan utama.

 

Kek Kurma Coklat

  

kek kurma coklat

 

Bahan-bahan:

 

Bahan A:

  • Kurma (13 biji)- dibuang biji
  • Air (sedikit)

 

Kisarkan halus kedua-dua bahan.

 

Bahan B:

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Serbuk koko (2 sudu besar)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)

 

Ayakkan ke semua bahan di dalam satu bekas.

 

Bahan C:

  • Susu segar/susu cair (3/4 cawan)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Gula halus (1/2 cawan)
  • Minyak jagung/minyak masak (1/2 cawan)

 

Cara-caranya:

1. Campurkan kesemua bahan C dan kacaukan sebati. Masukkan pula bahan A dan juga bahan B lalu kacau sebati lagi.

2. Bakar pada suhu 160 C. Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 5 atau 10 minit dan kemudian bakar selama 40 minit mengikut ketuhar masing-masing.

 

Nota: Beberapa kurma di potong kecil dan di masukkan ke dalam adunan bersama cip coklat boleh menjadikan kek lebih lazat.

 

Resepi Bonus: Kek Pisang Kurma Tanpa Gula

  

kek pisang kurma tanpa gula

 

Bahan-bahan:

 

Bahan A:

  • Kurma tanpa biji (1 cawan) - lebih elok dalam kiraan ganjil
  • Minyak jagung (1 cawan)
  • Pisang kapas bersaiz sedang (6 biji)
  • Telur gred A (4 biji)
  • Cream vanilla essence (1 sudu teh)

 

Bahan B:

  • Tepung naik sendiri (1 1/2 cawan)

 

Cara-caranya:

1. Kisarkan kesemua bahan A dan kemudian masukkan ke dalam bahan B.

2. Kacau balik sehingga sebati.

3. Tapiskan untuk mendapatkan tesktur kek yang lebih halus.

4. Masukkan campuran kek kedalam loyang.

5. Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 50 minit.

 

Nota: Kek juga boleh di taburkan dengan choc chips, kismis dan juga coklat rice mengikut kegemaran masing-masing.

 

Sumber:

1. Nurulhuda Radzi [12]

2. Puan Sri Intan Ramsa [12

3. Mama Sara Nur (saranur74.blogspot.com) [1, 2]


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)