Oleh pada 31 Oct 2019 kategori

Takoyaki adalah sebuah snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia lazimnya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang.

Takoyaki disapu dengan sos takoyaki iaitu sejenis sos yang menyamai sos Worcestershire, dan mayonis. Ia lalu ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi).

Terdapat pelbagai variasi resepi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka.

Yaki berasal daripada perkataan 'yaku' iaitu antara kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bererti 'menggoreng atau menggril'. Ia dapat dijumpai pada nama beberapa hidangan Jepun dan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.

Tokayaki

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Air (350ml)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Telur gred A (1 biji)

Bahan-bahan filling:

Antara bahan-bahan yang sesuai:

  • Sosej keju (cheese)/tuna/sotong kurita (octopus)/isi udang/filet ketam (crab fillet)
  • Daun bawang - dipotong halus
  • Kubis - dicincang halus

Bahan-bahan untuk sos tokayaki:

  • Sos tomato (1 cawan)
  • Sos Worcestershire (1/2 cawan)
  • Jus epal (1/2 cawan) - air kotak
  • Halia (2 cm) - diparut halus
  • Bawang putih (1 ulas) - diparut/ditumbuk halus
  • Gula perang (1/4 cawan)

Bahan-bahan topping:

  • Mayonis
  • Serbuk nori - rumpai laut (seaweed)
  • Katsuoboshi - hirisan ikan bonita nipis seperti kertas

Alat:

  • Kuali tokayaki (tokayaki pan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun semua bahan A sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali tokayaki di atas dapur.
  3. Masak bahan A di dalam kuali tokayaki.
  4. Masukkan bahan filling yang dipilih termasuk daun bawang dan kubis.
  5. Masak dan bulatkan tokayaki di atas kuali tokayaki tersebut. Untuk mengetahui cara membulatkan tokayaki, boleh belajar di YouTube.
  6. Apabila siap, boleh hias dengan bahan-bahan topping.
  7. Tokayaki sedia untuk dimakan bersama sos tokayaki. 

tokayaki 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Siti Juliana Liman [1, 2]

2. Wikipedia Takoyaki




Hakcipta iluminasi.com (2017)