Oleh pada 18 Jun 2019 kategori

Ikan tongkol merupakan sejenis ikan yang mempunyai variasi masakan yang enak. Jika mahu memasak sambal ikan aye merah, anda bolehlah mencuba resepi sambal cara orang Terengganu yang lazimnya dinikmati bersama nasi lemak. Ikannya perlu direbus terlebih dahulu dengan asam keping dan garam.

Untuk menu sambal ikan tongkol, tekstur dan rasa ikan boleh menjadi berbeza, namun kesedapan sambalnya tentulah mengikuti citarasa si pembuatnya. Paling penting sekali ialah rasanya mestilah cukup pedas, masin dan manis, manakala ikan tongkolnya pula perlulah jenis yang lembut.

Sambal Ikan Tongkol

Bahan-bahan A:

  • Ikan tongkol
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka
  • Air

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Halia (1/2 inci)
  • Bawang merah (3 biji)
  • Cili kisar (3 sudu besar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebuskan ikan tongkol bersama semua bahan-bahan A sehingga ikan masak. Ketepikan.
  2. 1 biji bawang besar dimayang, kisar 1 biji bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan dikisar tadi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  4. Masukkan air dan gula.
  5. Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan juga beberapa sudu air rebusan ikan bersama asam keping. Masak sehingga mesra dan siap untuk dihidang.

Tips:

  • Untuk mendapatkan rasa ikan yang lebih sedap, rebus ikan 2 hari sebelum membuat sambal. Ini adalah bertujuan agar ramuan air rebusan mesra bersama ikan. Perlu pastikan ikan dipanaskan setiap hari dan ditambah air sedikit.
  • Semasa membuat sambal, tidak perlu letak garam kerana ikan rebusan telah masin.

sambal ikan tongkol 1

sambal ikan tongkol 2 741

Sumber:

1. Norsiah Mamat [1, 2]

2. Dari Dapur MaDiHaA (mamawandiha.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)