Oleh pada 29 Nov 2019 kategori

Kuih janda kaya ini resepinya berasal dari orang Banjar. Jika anda meletakkan lebih banyak bawang, rasanya akan menjadi lebih sedap.

Nama modennya ialah risolles atau resolle. Berbeza dengan zaman dahulu, kini terdapat versi kuih ini yang diletakkan keju (cheese) leleh. 

Ianya juga mempunyai nama lain di kalangan orang Banjar iaitu seperti wadai samusak dan murtabak talur.

Kuih Janda Kaya

Bahan-bahan A:

  • Tepung
  • Mentega/marjerin
  • Air
  • Garam (secukup rasa)

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar - dihiris halis
  • CIli merah/hijau - dihiris
  • Telur
  • Udang kering - dikisar
  • Daun sup - diracik-racik
  • Rempah kari (2-3 sudu besar)
  • Serbuk cili (1-2 sudu besar)
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Adun semua bahan A sehingga sebati dan uli seperti membuat roti canai. Bulat-bulatkan doh dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan B dan gaul sehingga keluar air. Rehatkan selama sejam.
  3. Tebarkan doh tepung dan letak inti di tengah. Gulungkan.
  4. Panaskan minyak dan goreng kuih tadi sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan biar sejuk seketika. Kemudian, siap untuk dihidang.

kuih janda kaya 1

Kredit foto: Diana Tanjung (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih janda kaya 1 968

Kredit foto: Alina Abdul Rohman (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tiela Zulkafli [1, 2]

Sumber informasi:

1. Asmaa Yusoff & Tengku RosElyza Raja Muhammad [1, 2, 3]

2. Noorna Imna Riduan & Salasiah Othman [1, 2, 3]




Hakcipta iluminasi.com (2017)