Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Kuih peneram mempunyai pelbagai nama lain seperti sebagai kuih telinga keling, kuih denderam dan kuih cincin. Resepi aslinya hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu tepung beras dan gula merah.

Terdapat juga resepi yang menggunakan bahan-bahan tambahan seperti tepung gandum, santan, gula putih dan lain-lain. Untuk resepi yang menggunakan dua bahan tersebut sahaja, doh peneramnya mampu bertahan pada suhu bilik biasa dalam tempoh 4 ke 5 hari.

Biarpun menggunakan bahan asas yang sangat ringkas, kuih peneram merupakan antara kuih yang paling rumit dan renyah untuk dibuat. Kalau tekniknya salah, kuih peneram yang dihasilkan tidak cantik dan mempunyai tekstur yang keras atau berderai.

Anda disarankan menggunakan jenama tepung beras cap Teratai untuk membuat kuih peneram yang paling enak. Untuk gula merah pula, gunakan jenis serbuk atau timbang.

Kuih Peneram

Kredit foto: Annie Ibrahim‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (500g)
  • Gula melaka (500g)
  • Air (1 1/4 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak gula merah dengan air sehingga gula larut.
  2. Kemudian, tuang ke dalam tepung beras di dalam bekas sedikit demi sedikit. Tuang semasa air gula sedang panas.
  3. Adun menggunakan senduk, sehingga menjadi doh. Amaran, jangan gunakan tangan.
  4. Perapkan doh semalaman.
  5. Sediakan plastik untuk mencanaikan doh dan sapukan sedikit minyak pada plastik tersebut. Kemudian, boleh canai doh tersebut.
  6. Tekapkan doh tadi menggunakan acuan donat.
  7. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Boleh cuba letak satu dahulu. Jika kuih tidak hancur dan timbul, ia bermaksud minyak sudah cukup panas. Boleh kecilkan api sedikit.
  8. Boleh tekap dan goreng semua kuih peneram.

kuih peneram 1

kuih peneram 2

Kredit foto: Azlin Fazlina‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih peneram 3

Kredit foto: Hamah Ibrahim (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nur Najwatul Nasuha [1, 2]

2. Tenang - Damai - Bahagia (kedaiayahcho.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)