Resepi yang akan dikongsikan kali ini ialah kerabu kerang. Anda selalu mengalami situasi dimana kerang mengecil setelah direbus? Kami kongsikan beberapa tips supaya ianya tidak lagi berlaku.

Setelah direbus, anda perlu rendamkan kerang dalam air sejuk peti ais supaya kerang tidak akan terlebih masak. Kelihatan penuh sahaja isinya dalam cengkerang tersebut.

Kemudian, kulitnya bolehlah dikopek. Untuk memudahkan ketika mahu makan nanti, buang sebelah cengkerang kerang tersebut. Malah, ianya lebih enak kerana air asamnya meresap ke dalam kerang yang sudah terbuka. 

Kerabu Kerang

kerabu kerang

Bahan-bahan:

  • Pucuk paku - dicelur
  • Taugeh - dicelur
  • Kerang
  • Bawang besar/holland - dihiris nipis
  • Bawang kecil - dihiris nipis
  • Kerisik
  • Jus limau nipis
  • CIli api
  • Lada hitam - ditumbuk
  • Garam 
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

1. Gaul semua bahan sehingga sebati.

2. Letak garam, gula dan jus limau nipis mengikut citarasa masing-masing. Siap untuk dihidang.

kerabu kerang 1

Kredit foto: Aini Mohamad (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

kerabu kerang 2

Kredit foto: Anna Che Moin (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Resepi Bonus: Kerabu Kerang Ala Thai

kerabu kerang ala thai

Bahan-bahan:

  • Kerang rebus separuh masak - kulitnya dikopek sebelah

Bahan-bahan rencah:

  • Cili padi merah/hijau - ditumbuk dan dimixkan
  • Bawang putih (3-4 ulas) - ditumbuk sekali dengan kulit

Kedua-dua bahan di atas ditumbuk kasar-kasar.

  • Jus asam jawa (anggaran 3-4 sudu)
  • Jus limau (anggaran 2 biji) - mengikut masam yang dimahukan

Nota: Jangan buang kulit yang perah, masukkan sekali.

  • Sos ikan (3 sudu)
  • Gula (1 sudu)
  • Garam (sedikit sahaja)
  • Tomato/tomato ceri - dihiris dadu
  • Daun ketumbar - dihiris halus

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan rencah atas kerang tadi. Gaul sehingga mesra dan siap untuk dimakan.

Sumber:

1. Norul Azmah [1, 2]

2. Farra Ayda [12]

3. Teratak Mutiara kasih (linapg.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)