Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Rendang ayam merupakan sebuah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa selain Hari Raya. Kali ini kami akan kongsikan beberapa tips berguna untuk menghasilkan rendang ayam yang terbaik.

Untuk menjadikan rendang yang dimasak bertambah enak, anda perlu mengacaunya dengan lama menggunakan api kecil sehingga berwarna gelap. Untuk mendapatkan rendang ayam yang amat tahan lama dan lambat basi pula, bahan-bahan perlulah dihiris dan ditumis terlebih dahulu.

Oleh kerana ayam akan mengeluarkan airnya, kuah akan menjadi sedikit banyak. Anda tidak perlu membiarkan ayam masak terlalu lama untuk mendapatkan kuah yang lebih. Tips ini boleh diabaikan jika anda gemarkan rendang yang agak kering.

Bagi memastikan rendang tidak menjadi hangit di bahagian permukaan dalam kuali, anda hendaklah terus mengacau lagi rendang apabila kuah telah menjadi semakin pekat dan hampir kering. Anda disarankan supaya menggunakan kuali non stick kerana proses mengacau senang dilakukan serta kuah dan ayam juga tidak mudah hangit.

Rendang Ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam (seekor)
  • Bawang merah besar (5 biji)*
  • Bawang putih (1 labu)*
  • Halia (2 inci)*
  • Lengkuas (1 inci)*
  • CIli kering (15 tangkai)*
  • Serai (5 batang)*
  • Serbuk kari ayam (6 sudu besar)
  • Santan (400g)
  • Kerisik (3 sudu besar)
  • Gula dan garam
  • Minyak
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Air (3 cawan)
  • Daun kunyit

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan berhuruf condong*.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  4. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan ayam dan air.
  5. Selepas masak selama 10 minit, masukkan santan, kerisik, air asam jawa, gula dan garam.
  6. Masak sehingga pekat dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.

rendang ayam 1

rendang ayam 2 580

Kredit foto: Norsiah Zakaria (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

rendang ayam 3 777

Kredit foto: Zatun Najahah Ghazali‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Hana Qimi Irfan‎ [1, 2, 3]

2. Sharing with U (yanmazi.blogspot.com) [12]

3. Resepi Nannie (resepisedap-nennie.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)