Mee rebus yang asli dan enak mempunyai kuah yang berperisa manis dan agak pedas. Anda perlu berani dan pandai mengimbangkan kemanisan dan kepedasannya supaya dapat menghasilkan rasa manis yang sangat sesuai dengan kepedasannya.

Anggaran gula sebanyak 6 sudu makan diperlukan bagi menghasilkan kuantiti seperiuk besar. Namun begitu, rasa manisnya bergantung kepada citarasa masing-masing. 

Mee Rebus

mee rebus

Bahan-bahan A:

  • CIli kering (segenggam) - direndam lembut
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (2 biji)
  • Udang kering - sedikit

Bahan-bahan B:

  • Mee kuning (1kg)
  • Ubi keledek (1kg) - direbus dan dikisar halus
  • Daging - dihiris nipis
  • Udang - dibuang kulit
  • Kulit udang
  • Sos cili (3 sudu besar)
  • Sos tomato (3 sudu besar)
  • Asam keping (sekeping)
  • Serbuk kari daging (1 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan C:

  • Telur rebus
  • Tauhu goreng
  • Cili merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Limau

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus kulit udang, kisar halus dan tapis. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan-bahan A.
  3. Tumis semua bahan A tadi sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daging dan tumis sehingga daging lembut.
  4. Masukkan air udang dan ubi kisar tadi, disertai dengan sos cili, sos tomato, asam keping dan serbuk kari daging.
  5. Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan udang. Masak sehingga kuah menggelegak dan tutupkan api.
  7. Hidangkan bersama bahan-bahan C.

mee rebus 1

Kredit foto: Amira Azmi‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

mee rebus 2

Kredit foto: Rose Rozy (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

mee rebus 3

Kredit foto: Permysurinor Noriahomar‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Ainn Mustafar [1, 2]

2. Sakura Berbunga Lagi (sakuraberbungalagi.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)