Oleh pada 14 Dec 2019 kategori

Dilengkapi dengan bau daun pandan yang harum semerbak, tidak hairanlah kek pandan ini disukai ramai. Ia sedap dimakan selepas keluar dari peti sejuk kerana lebih cottony dan lembap (moist).

Selain itu, santan boleh digantikan dengan susu segar atau cair. Namun, gandingan pandan dengan santan adalah yang terbaik.

Kek ini perlu dibakar menggunakan ketuhar dan tidak sesuai dikukus kerana menggunakan meringue sebagai asas.

Pandan Cottony Cake (Kek Pandan)

Bahan-bahan base:

  • Telur kuning (6 biji) - gred B
  • Minyak jagung (70g)
  • Tepung gandum superfine (100g) - diayak
  • Garam halus (1/2 sudu kecil)
  • Jus pandan (50g)
  • Santan (50g)
  • Putih telur (6 biji)
  • Gula kastor (100g)
  • Tartar (1/4 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan minyak ke dalam periuk dengan api kecil sehingga panas dan tutup api dengan segera. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan santan dan jus pandan. Pukul adunan menggunakan hand whisk sehingga pekat dan berketul-ketul.
  3. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul sehingga adunan menjadi licin dan cair. Ketepikan.
  4. Masukkan putih telur dalam pengadun (mixer) dan pukul sehingga berbuih. Masukkan tartar dan sambung pukul.
  5. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dengan kelajuan tinggi sehingga kental.
  6. Masukkan adunan pandan tadi sedikit demi sedikit. Kacau secara perlahan dengan hand whisk sehingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Hentakkan loyang beberapa kali untuk membuang bubble.
  8. Bakar secara water bath (dalam air panas) dengan suhu 160'c selama 70-80 minit mengikut ketuhar masing-masing.
  9. Apabila kek telah masak, buka sedikit pintu ketuhar dan biar beberapa minit sehingga kek merenggang dari ketuhar.
  10. Apabila kek telah merenggang, terbalikkan kek sementara untuk mengelakkan kek mendap.
  11. Buang baking paper dan terbalikkan semula kek tersebut.
  12. Biarkan kek sejuk dan sedia untuk dihidang. Kek juga sedap dimakan selepas disimpan sebentar di dalam peti sejuk.

pandan cottony cake 4 697

pandan cottony cake 2

pandan cottony cake 3 672

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Azira Ismail [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)