Oleh pada 09 Nov 2019 kategori

Kek lempeng (crepe cake) atau mille crepe merupakan sejenis desert yang terdiri daripada lapisan lempeng (crepe) yang sangat nipis. Sepotong kek serba elegan ini boleh dijual dengan harga mencecah RM10. 

Walaupun bahan-bahan asasnya agak mudah, ia memerlukan kesabaran untuk menggoreng lempeng tersebut lapis demi lapis. Ia enak dinikmati ketika sejuk dan sesuai dibuat sebagai kek hari jadi.

Kali ini kami akan berkongsikan resepi kek lempeng coklat (chocolate crepe cake). Perasanya juga boleh ditukar kepada durian.

Kek Lempeng Coklat (Chocolate Crepe Cake)

Bahan lempeng (crepe):

  • Susu segar (550ml)
  • Mentega (70gm) - dicairkan
  • Gula pasir (60gm)
  • Tepung gandum (185gm)
  • Serbuk koko (20gm)
  • Telur ayam (4 biji)

Bahan sapuan krim (cream):

  • Krim putar (whipped cream) jenama Vivo - gunakan 1 cawan setengah untuk saiz 7 inci

Pukul sehingga gebu dan kental. Simpan dalam peti sejuk dan pakai apabila mahu digunakan.

  • Hiasan coklat - sos coklat atau apa-apa hiasan mengikut citarasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul gula dengan telur supaya sedikit berkrim (creamy).
  2. Masukkan minyak.
  3. Kemudian, masukkan pula susu segar.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung dan serbuk koko.
  5. Kacau sebati dan tapis adunan jika kelihatan berketul-ketul.
  6. Gunakan kuali yang tidak melekat (non-stick) seelok-eloknya. Griskan sedikit dengan minyak.
  7. Kemudian, letak adunan secara agak-agak sahaja. Jangan terlalu nipis atau tebal. Pemilik resepi gunakan dalam 4 sudu besar untuk sekali letak.
  8. Setelah kelihatan berbuih, balikkan supaya sekata di bahagian depan dan belakang. Gunakan api yang kecil sahaja.
  9. Ulang kaedah di atas sehingga habis.
  10. Setelah siap kesemuanya, tunggu sejuk dan susun secara berselang-seli dengan cream tadi.
  11. Hias mengikut kepakaran. Jika tidak pakar, cicah sahaja dengan cream tersebut.

chocolate crepe cake 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Earney Atyesha [12]

Sumber informasi:

1. Hana Fiah Abdul Majid [1, 2]

2. Haslinda Hamid [1, 2]

3. Siti Qhairiyah Said [1, 2]

4. Nurhazlinda Hamisan [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)