Aiskrim yogurt (yogurt ice cream) boleh dijadikan sebagai menu diet yang sihat menggunakan buah-buahan. Menggunakan bahan yang sedikit, ia tidak rumit dan memakan masa untuk dibuat.

Selain menjimatkan, ia juga berkhasiat dan menepati selera. Kebanyakan aiskrim yang dijual di pasaran mengandungi bahan pewarna dan bahan-bahan yang kurang sesuai untuk kesihatan.

Aiskrim Yogurt (Yogurt Ice Cream)

ais krim yogurt

Bahan A:

  • Krim putar (whipping cream) (2 cawan) - jenama Vivo
  • Krim putar (whipping cream) (UHT) (2 cawan) - jenama Anchor
  • Ovalette (2 sudu besar)
  • Yogurt asli atau mengikut perisa yang dikehendaki (1 cawan)

Bahan-bahan filling:

(a) Filling buah-buahan

  • Boleh pilih filling kiwi, mangga dan strawberi - boleh didapati di kedai bakeri
  • Buah-buahan segar untuk hiasan

(b) Salted caramel

  • Krim putar (whipping cream) (UHT) (1 cawan) - jenama Anchor
  • Gula perang (1 cawan)
  • Mentega (2 sudu besar)
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Didihkan UHT di atas kuali dengan api perlahan sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula perang dan kacau sehingga larut.
  3. Tambah mentega dan garam untuk mendapatkan rasa sos salted caramel.
  4. Simpan di dalam peti ais selama 4 jam sebelum digunakan.

(c) Coklat

  • Coklat Cadbury
  • Krim putar (whipping cream) (UHT) (1 cawan) - jenama Anchor
  • Dark chocolate compound (250g)
  • Mentega (2 sudu besar)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan UHT di atas kuali dengan api perlahan dan tambah dark chocolate. Kacau sehingga larut.
  2. Tambah mentega dan kacau sehingga sebati.
  3. Simpan di dalam peti ais selama 4 jam sebelum digunakan.

Cara-cara:

  1. Adun sebati bahan A sehingga kembang.
  2. Masukkan bahan A di dalam plastik piping.
  3. Paipkan bahan A ke dalam bekas aiskrim.
  4. Letakkan hirisan buah-buahan segar atau coklat Cadbury.
  5. Paipkan filling mengikut perisa.
  6. Ulang langkah 3-5 sehingga 3 lapis.
  7. Hias topping aiskrim mengikut citarasa masing-masing.

ais krim yogurt 1

Kredit foto: Maratussolehah Abaya (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Dayah Said [1, 2]

2. Hafizah Mohhari (fiezaleer.blogspot.com) [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)