Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kerabu Maggi adalah sebuah menu dari Thailand yang terkenal di kalangan penduduk negeri Kelantan. Ia mempunyai bahan asas hanyalah kepingan Maggi, jus limau nipis, lauk pauk mengikut pilihan, cili, sedikit sayuran dan daun ketumbar.

Jika anda bukan seorang penggemar daun ketumbar, ianya boleh ditukarkan dengan daun bawang atau tidak dimasukkan langsung. Untuk lauk-pauknya pula, anda boleh pelbagaikan seperti sosej, fish ball, udang segar dan sotong segar.

Jika menggunakan udang segar dan sotong segar, ia hendaklah disiang dahulu dan rebus sehingga masak sebelum digunakan. Untuk fish ball dan sosej pula, ia perlu dicelur dengan air panas.

Antara sayuran yang boleh diletakkan ialah kobis, lobak merah dan buah tomato yang dihiris atau dipotong mengikut citarasa. Oleh kerana buah tomato mempunyai jusnya sendiri, anda boleh meletakkannya dalam kuantiti yang tidak terlalu banyak atau tidak meletakkannya langsung. 

Akhir sekali, anda boleh menggunakan  gula melaka (nise) atau gula biasa (anggaran 1/2 sudu kecil).

Kerabu Maggi

Bahan-bahan:

  • Mi segera perisa tomyam dari Thailand (3 paket)
  • Seafood - udang, sotong, ketam
  • Bawang besar (1 biji) - dipotong dadu
  • Tomato (1 biji) - dipotong dadu
  • Daun ketumbar/sup - diracik halus
  • Cili padi - dihiris
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Limau
  • Gula
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus bahan-bahan seafood sehingga masak. Kemudian, angkat dan toskan.
  2. Celur Maggi dalam air rebusan tadi sehingga masak. Angkat dan satukan bersama seafood.
  3. Masukkan perencah Maggi sebanyak 2 paket sahaja. Gunakan perencah sahaja, minyak tidak perlu.
  4. Gaulkan Maggi dan seafood tadi bersama bahan-bahan lain sehingga rata.
  5. Perahkan limau. Letak garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidang.

kerabu maggi ketam

kerabu maggi 1  

Kredit foto: Badriah Alias‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kerabu maggi 2

Kredit foto: Suriyana Sue (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Fatimah Jusoh [1, 2, 3]

2. Cute Oven, Small Kitchen (ovenkecil.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)