Aiskrim Malaysia merupakan antara manisan paling istimewa yang hanya boleh diperolehi di Malaysia.

Jika anda berada di luar negara, tentunya aiskrim Malaysia adalah antara menu yang anda paling rindukan sekali.

Ia adalah manisan wajib ketika zaman kanak-kanak sebilangan dari kita yang dijual dengan harga serendah 20 sen sebatang.

Sekarang, aiskrim Malaysia turut diubahsuai menjadi lebih unik dan istimewa. Jika dahulu, kita barangkali cuma akan dapat merasai aiskrim Malaysia berperisa Milo atau bandung sahaja.

Namun, sekarang kita akan dapat merasai aiskrim Malaysia berperisa vanila bersusu yang sangat sedap dan sesuai untuk disajikan kepada anak-anak.

 

Aiskrim Malaysia

  

aiskrim malaysia

 

Bahan-bahan:

  • Susu pekat (1 tin)
  • Susu cair (1 tin)
  • Air masak (4 1/2 tin)
  • Tepung jagung (2 1/2 sudu besar) - untuk lembutkan aiskrim
  • Garam (sedikit) - untuk rasa lemak-lemak
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

 

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan susu pekat dan susu cair. Campurkan juga sekali air masak.

Nota: Pemiik resepi guna susu SuJohan.

2. Bancuhkan tepung jagung dalam bekas dan masukkan dalam periuk untuk dimasak.

3. Campurkan garam dan esen vanila.

4. Masak sehingga semua betul-betul masak (menggelegak).

Tips: Untuk semua jenis aiskrim yang bersusu dan tidak bersusu, air tersebut mesti dimasak sehingga menggelegak walaupun menggunakan air Coway atau Cucco. 

5. Setelah menggelegak, tutup api dan biarkan sejuk.

6. Jika sudah sejuk, boleh masukkan dalam plastik aiskrim cap King Kong.

  

aiskrim malaysia 1

 

Nota: Untuk mengetahui cara-cara mengikat plastik aiskrim tersebut, sila rujuk video di sini. Jika tidak berapa jelas, anda boleh membuat carian di YouTube.

 

Sumber:

1. Aida Radzuan [12]

2. Bidadari.My [12]


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)