Oleh pada 29 Sep 2018 kategori

Rangupnya krup krap krup!

Resepi ini dikongsi oleh pemilk resepi untuk mereka yang ingin mengtahui rahsia paru jadi garing. Untuk memudahkan anda, beliau tunjukkan langkah penyediaannya mengikut cara sendiri sambil menyediakan tip.

Meskipun ringkas, mungkin terdapat manfaat buat mereka yang belum tahu. Menurut pemilik resepi, ada di kalangan rakannya yang beritahu sebelum ni mereka hiris paru tanpa rebus terlebih dahulu. Susah bukan? Nak goreng pun mengambil masa yang lama dan tidak garing.

Tunggu apa lagi, apa kata anda cuba sendiri resepi ini. Paru garing masak sambal anda tentunya lebih umphh selepas ini.

Cara penyediaan:

Tips hilangkan hanyir paru:

  • Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.
  • Rendam paru dengan air asam jawa atau limau nipis.
  • Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
  • Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

paru goreng garing 2 734

Ini rupa paru yang telah dibersihkan

1. Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.

paru goreng garing 3

2. Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

paru goreng garing 4

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan

Tips untuk paru garing:

  • Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.
  • Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
  • Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

paru goreng garing 5

3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

Tips: Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Gunakan api sederhana perlahan.

paru goreng garing 6 480

4. Siap untuk paru yang garing. Jika mahu makan cicah sos pun boleh. Sedap. 

paru goreng garing 7

paru goreng garing 1

Layan makan dengan nasi bungkus gulai ayam cincang

Boleh ikuti Facebook Afy AL Habibi untuk resepi gulai ayam yang lengkap.

Sumber: Afy AL Habibi




Hakcipta iluminasi.com (2017)