Oleh pada 21 Jun 2020 kategori

Paru goreng berlada ialah sejenis lauk kegemaran ramai yang boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau lontong darat. Sebagai cadangan, ia juga boleh dipotong kecil dan digoreng garing untuk diratah seperti snek.

Untuk mengetahui sama ada paru yang direbus telah betul-betul empuk, keratkan sedikit dan gigit. Jika paru tersebut lembut, boleh tutupkan api.

Paru Goreng Berlada

paru goreng berlada

Rebus

Bahan-bahan:

  • Paru (1/2kg)
  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (sedikit)
  • Ketumbar (sedikit)

Cara-cara membuat:

  1. Semua ditumbuk kecuali paru.
  2. Rebus sehingga empuk. Jangan lupa letakkan garam. Rebus biar sehingga betul-betul empuk supaya paru tersebut menjadi enak.
  3. Kemudian, potong nipis apabila telah sejuk dan goreng.

Kisar

Bahan-bahan:

  • Cili kering (mengikut citarasa sama ada mahu pedas atau tidak)
  • Bawang putih (2 biji)
  • Bawang besar (sebiji sederhana)
  • Serai (sebatang)
  • Halia (1/2 inci)
  • Kunyit serbuk (sedikit) - supaya warna cantik

Cara-cara membuat:

  1. Tumis bahan kisar tersebut.
  2. Letakkan asam keping atau asam jawa, sedikit garam dan gula pasir. Biar terdapat rasa manis supaya enak.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Noreez Rahmat [1, 2]

Sumber informasi:

1. Rziey Abdul Rahman [1, 2]

2. MamaMia Marissa [1, 2]

3. Marzeha Zakaria [1, 2]

4. Syaifatul Aisyah Mohmad Sabree [1, 2]

5. Nor Heliliyanni Binti Bangin [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)