Peria goreng rangup adalah sebuah hidangan India yang enak jika dimakan dengan nasi daun pisang. Hanya mereka yang menggemarinya sahaja yang tahu nikmat kesedapannya yang tiada terhingga.

Resepinya mudah dan juga amat sedap dimakan begitu sahaja. Buat sebiji pasti tidak mencukupi jika dimakan beramai-ramai.

Anda tidak perlu risau kerana peria goreng ini sama sekali tidak pahit apabila dimakan.

Peria Goreng Rangup

peria goreng rangup

Kredit foto: Alya Amanda (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Peria (sebiji)
  • Tepung beras (secawan)
  • Tepung ubi kayu (3/4 cawan)
  • Serbuk ketumbar (1 sudu) - atau agak-agak selera
  • Bawang putih (2 ulas) - ditumbuk halus
  • Minyak - untuk menggoreng
  • Garam

Cara-caranya:

1. Buangkan biji peria.

Tips: Gunakan sudu untuk lebih senang.

2. Sagat peria seperti mahu buat kerepek, perlu nipis ya. Kemudiannya, rendam dalam air garam selama 30 minit untuk mengurangkan rasa pahitnya.

3. Bilas peria dengan air biasa dan rendam atau rebus dengan air panas dalam seminit juga bagi mengurangkan rasa pahit peria.

Tips: Jangan lama dan jangan sehingga peria berubah warna.

4. Seterusnya, gaulkan tepung beras dan tepung ubi kayu. Masukkan serbuk ketumbar, bawang putih dan garam.

Nota: Kepekatannya sedang-sedang sahaja, agak-agak pekat seperti mahu buat tempeyek.

5. Kemudian, bolehlah digoreng. Jangan terlalu kalih-kalihkannya bagi mengelakkan tepung tidak melekat langsung dengan peria.

6. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam balang. Apabila teringin, ianya boleh dimakan pada bila-bila masa.

Resepi Bonus: Brokoli Goreng Tepung

brokoli goreng tepung

Bahan-bahan tumbuk:

  • Serai
  • Bawang putih
  • Ketumbar
  • Halia (sehiris)
  • Bawang kecil (1) - takut hitam apabila digoreng
  • Cili api - ikut citarasa

Kacau dengan:

  • Tepung beras (4-5 sudu)
  • Tepung gandum (1 sudu)
  • Air
  • Garam
  • Ajinomoto (sedikit) - jika mahu

Nota: Resepi ini dicadangkan untuk dicuba oleh mereka yang tidak gemar memakan sayur.

Sumber:

1. Nurul Nordin [12]

2. Suzila Jawawi [1, 2]

3. SinaranMenu (sinaranmenu.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)