Untuk resepi pertama, rasanya adalah seperti kuih siput. Bagi mendapatkan sedikit rasa masin, letakkan air garam dalam kuali ketika hendak menggoreng.

Untuk resepi kedua pula, ianya sedikit pedas. Untuk mendapatkan hasil yang rangup, penne tidak perlu direbus sehingga terlalu lembut. Gunakan api sederhana ketika menggoreng dan goreng sedikit lama.

Penne Goreng (Versi Pertama)

pennegoreng6

Bahan-bahan untuk menggoreng:

  • Penne atau makaroni
  • Tepung beras (3 sudu besar)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Serbuk kari (2 sudu besar)
  • Daun kari

Nota: Pemilik resepi menggunakan tepung gandum dan tepung beras kerana ketiadaan tepung jenama Bestari.

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus penne atau makaroni sehingga masak.
  2. Gaulkan sekali penne atau makaroni bersama bahan di atas.
  3. Panaskan minyak. Setelah panas, perlahankan api dan letakkan penne atau makaroni sedikit demi sedikit dalam kuali.
  4. Setelah rasa keras, barulah angkat dan toskan. Ulang lagi sehingga habis. 

pennegoreng default 56

Penne Goreng (Versi Kedua)

pennegoreng versi 2 3

Bahan-bahan:

  • Penne
  • Telur (sebiji)
  • Tepung goreng ayam - jenama Adabi (pedas)

Cara-cara membuat:

  1. Didihkan air dalam periuk. Letak sedikit minyak supaya penne tidak melekat.
  2. Masukkan penne. Didihkan selama lebih kurang 5 minit. Kemudian, toskan.
  3. Ambil telur dan pukul sebentar.
  4. Masukkan penne dalam telur yang telah dipukul.
  5. Celupkan dalam tepung goreng ayam.
  6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga rangup. Sedia dihidang.

pennegoreng versi 2 default 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Hayatie Ramli [12]

2. Suhaila Sahbudin [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)