Oleh pada 03 Jul 2019 kategori

Sebut sahaja tentang petola, tidak mustahil ada di antara kita yang tidak betul-betul mengenalinya, apatah lagi untuk memakannya. Namun, sayuran seperti kobis, brokoli, lobak merah, kangkung dan bayam merupakan sayuran yang lazim dijadikan sebagai antara menu utama di kedai makan mahupun di rumah.

Hal ini mungkin disebabkan rupa dan rasa sayur petola yang tidak menepati citarasa kebanyakan orang. Namun, anda perlu mengetahui bahawa petola berkhasiat untuk menolong proses penghadaman dan sistem pencernaan tubuh badan.

Terdapat tiga jenis petola iaitu petola segi, petola ular dan petola bantal. Ia lazimnya akan dimasak goreng tumis bercili, dimasak bersama santan atau dimasak air (sayur bening) bersama fu chuk dan suun. 

Meskipun petola disukai oleh golongan dewasa dan warga emas, malangnya ia kurang dikenali di kalangan remaja dan kanak-kanak. Seperti sayuran lain, petola juga tinggi dari segi khasiat dan mempunyai vitamin yang bermanfaat.

Petola Goreng

Bahan-bahan:

  • Petola/labu (2)
  • Tepung gandum (3 sudu besar)
  • Serbuk kari (2 sudu kecil)
  • Ketumbar
  • Daun kari
  • Lada putih (1/2 sudu kecil)
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Potong petola ke saiz kecil dan letakkan di atas surat khabar. Ini bertujuan untuk mengeringkan air petola tersebut.

2. Campurkan semua bahan termasuk petola dan gaul sehingga sebati.

3. Goreng petola sehingga garing dan siap untuk dihidang.

4. Selain petola, boleh juga digantikan dengan kubis bunga (cauliflower), bendi dan peria.

petola goreng 1

petola goreng 2

petola goreng 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]

2. Myagri (myagri.com.my) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)