Oleh pada 30 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Isnarny Makhruji (Gambar ini bukan menggunakan resepi dibawah)

Anayo sayo. Anda suka ayam pedas korea? Jika terliur setiap kali tengok di televisyen, bolehlah ikut resepi ini yang cukup mudah.

Seperti k-pop, ramai yang ketagih makan ayam korea ini. Jika beli di kedai, harganya memang agak mahal dan ragu-ragu sedikit sama ada halal atau tidak. 

Ayam ini boleh diratah begitu sahaja atau ada juga yang makan dengan nasi panas. Makan pula sambil layan cerita korea. Bolehlah berangan tinggal Korea selepas ini.

Bahan-bahan

  • 15 ketul kepak ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 inci halia (dikisar halus)
  • garam secukupnya
  • minyak masak untuk mengoreng

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam. Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar selama lebih kurang 30 minit.

2. Kemudian, gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. Renjis-renjiskan dengan air. Gaulkan sehingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.

4. Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.

5. Ketepikan. 

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk cili (jika suka pedas)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 biji perahan jus lemon
  • garam secukup rasa
  • bijan secukupnya (disangai)

Cara-cara membuat:

1. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau dan sedikit garing. 

2. Kemudian, masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.

3. Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga semua bersalut rata.

Angkat dan hidangkan. Taburkan bijan yang telah disangai.

ayam goreng ala korea 991

Sumber: Shafika Zullkefli




Hakcipta iluminasi.com (2017)