Kimchi boleh dibuat sendiri atau dibeli di pasaraya. Sos gochujang juga boleh digunakan untuk pelbagai masakan Korea yang lain.

Kimchi perlu dibasuh ala kadar supaya tidak terlalu masam. Kemudian, tambahkan lebih kurang sesudu kuah kimchi di atasnya.

Nasi Goreng Kimchi

nasi goreng kimchi 3

Bahan-bahan:

  • Bawang putih - ditumbuk atau dicincang halus-halus
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Daging cincang atau daging segar - dipotong kecil
  • Kimchi - buatan sendiri
  • Kicap cair - pemilik resepi tambah sedikit kicap manis
  • Sos gochujang
  • Telur - pemilik resepi gunakan 2 biji
  • Nasi sejuk

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan minyak masak. Kemudian, masukkan daun bawang untuk ambil bau. Jangan sehingga daun bawang tersebut hangit.
  2. Masukkan daging dan kacau seketika. Biar daging separa masak dan jangan sehingga garing.
  3. Kemudian, barulah masukkan bawang putih. Gaulkan seketika dan masukkan cili padi serta diikuti kimchi. Ketika ini, masak kimchi betul-betul biarkan airnya tersejat. Tidaklah nasi goreng menjadi terlalu masam.
  4. Apabila kimchi sudah agak masak, masukkan pula sos gochujang serta diikuti kicap. Tambah garam sedikit sahaja kerana dibimbangi nasi goreng akan masin jika terlebih garam. Kimchi dan kicap cair sebenarnya sudahpun masin.
  5. Kemudian, barulah masukkan nasi serta diikuti telur yang dipecahkan di tengah-tengah nasi. Gorengkan nasi tersebut seperti biasa. Setelah siap, boleh letakkan telur goreng mata di atas.

nasi goreng kimchi 2 287

Resepi ini diambil dari sebuah rancangan masakan di saluran televisyen Korea.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ruziah Osman [12]


Emel Mingguan Iluminasi


Kami hanya akan menghantar email kepada anda
seminggu sekali. Ini adalah janji kami


ARTIKEL POPULAR
LAGI BERKAITAN
>


Hakcipta iluminasi.com (2017)