Oleh pada 27 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Adwa Ahmad (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)

Sotong goreng tepung memang enak tetapi ramai yang hampa kerana hasilnya tidak menjadi. Menurut pemilik resepi, rahsia hasil gorengan beliau yang elok dimana tepung melekat dengan sotong sering menjadi tanda-tanya, sehingga ada yang sangkakan beliau menggunakan tepung serbaguna.

Sebenarnya, resepinya mudah sahaja. Anda cuma perlu tahu teknik yang betul ketika masak. Jika anda ikut resepi ini betul-betul, Insya-Allah tidak sukar untuk membuat sotong goreng tepung yang enak. Juga tidak perlu takut minyak meletup-letup lagi.

Bahan-bahan

  • 1 kg sotong

   

1. Bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.

2. Tambahkan dengan 2 sudu besar cuka epal dan gaul sehingga rata. Kemudian, ketepikan.

   

Nota: Tujuan menambahkan cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika menggoreng. Tidak perlu susah-susah lap sotong guna tisu atau tuala. Pasti tidak meletup.

Bahan tepung salutan

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam
  • serbuk kunyit

   

1. Gaul sebati semua bahan di atas.

2. Dalam bekas lain, pukul 2 biji telur sehingga kembang.

Cara-cara penyediaan:

1. Ambil sotong tadi. Campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati.

2. Panaskan minyak di dalam kuali sehingga cukup panas. Masukkan sotong dalam bekas telur. Kemudian, golek-golekkan sotong dalam bekas tepung. Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.

3. Masukkan sotong satu-persatu di dalam kuali. Jangan masak terlalu banyak dalam satu-satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. Masak sehingga keperangan di dalam api sederhana besar.

4. Angkat sotong menggunakan penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.

5. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng sehingga habis.

Sos pencicah (optional)

  • 3 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar mayonis

   

Gaul sebati sos tersebut. Tabur dengan bijan jika suka.

   

Tips sotong lekat pada tepung dan rangup:

1. Pastikan buang kulit ari-ari sotong dan sejat dalam penapis sahaja. Tidak perlu tisu.

2. Jangan pukul telur beria sangat, sikit-sikit sahaja. Nanti telur tersebut ringan apabila pukul lama. Pukul bagi putih dengan kuning mix sahaja cukup. Telur berfungsi seperti gam. Kemudian baru masukkan dalam tepung.

3. Salut dengan adunan tepung rata dan terus goreng. Jangan gaul banyak-banyak kemudian lambat goreng. Perlu gaul-gaul terus goreng .

4. Pastikan sotong bebas dari air. Lap menggunakan tisu. Adunan tepung tidak boleh cair sangat.

5. Minyak kena banyak dan betul-betul panas baru masuk sotong tersebut.

6. Perap sotong dengan rempah kari dan sedikit garam. Kemudian, celup sotong dengan telur dan tepung gandum. Goreng dengan minyak panas.

7.  Perap dahulu sotong dengan bawang putih. Selepas 1-2 jam, keluarkan dan celup dengan telur. Letak tepung beras dan lada sulah sedikit sahaja dan garam. Selang celup dengan tepung gandum. Ulang 2 kali celup telur dan tepung. Akhir sekali, goreng dalam minyak bertakung atau guna sahaja periuk kecil pun memadai.

sotong goreng tepung rangup 967

Sumber:

1. Suzana Othman [1, 2]

2. Nurul Shahmi Othman [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)