Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Murukku merupakan sejenis snek lazat yang terdiri daripada lingkaran goreng adunan berasaskan kekacang.

Ia biasanya diperbuat daripada campuran urad dan tepung beras, garam, dan perasa seperti cili, asafutida, ajawain, dan rempah lain.

Murukku secara tradisinya dimakan sebagai juadah ketika Deepavali.

 

Murukku

 

 

Bahan-bahan:

  • Tepung muruku Babas (4 kampit)
  • Tepung pulut (2 kampit)
  • Tepung beras (1 kampit)
  • Santan (1 kotak)* - kecil
  • Telur (2 biji)*
  • Jemuju (3 genggam)*
  • Bijan (3 genggam)*
  • Planta (7 sudu makan)
  • Serbuk cili (1 paket kecil)*
  • Garam (2 sudu makan)*
  • Air

 

Cara penyediaan:

1. Satukan semua tepung dalam sebuah bekas yang besar.

2. Masukkan planta dan gaul sehingga sebati dahluu.

3. Kemudian, masukkan bahan berhuruf condong*.

4. Masukkan santan dan akhir sekli masukkan air sedikit demi sedikit.

Tips: Adunan jangan keras atau lembik, nanti muruku tidak cantik pula. Jika keras, ketika hendak putar dalam acuan susah atau jadi berat. Jika terlalu lembik, ketika hendak angkat dari dulang adunan muruku tersebut pecah. Jadi, perlu pandai agak-agaklah ya.

5. Apabila telah siap adunan muruku tersebut, bolehlah diacu di atas belakang dulang atau atas daun pisang.

Tips: Ketika mahu goreng, perlu pandai main dengan api.

 

Resepi Bonus: Karang Pulut

karang pulut

 

Bahan-bahan (untuk 1 bancuhan):

  • Tepung pulut (1kg)
  • Tepung beras (3/4 cawan)
  • Gula (3/4 cawan)
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Cabai kering (15 biji)
  • Telur (2 biji)
  • Jintan manis (4 sudu)
  • Kelapa (1/2 biji) - untuk santan

 

Nota: Kudapan ini ala-ala seperti muruku tetapi versi orang Melayu.

 

Sumber:

1. Hamizah Yatim [1, 2]

2. Salina Abd Rahman [1, 2]

3. Wikipedia Masakan India Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)