Bahan-bahan:
- Bubble rice
- Coklat milk compound 1kg
- Minyak masak 200ml
Cara penyediaan:
1. Bubble rice disangai betul-betul panas untuk kekal ranggup. Apabila telah sejuk, baru letak dalam bekas.
2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Pastikan coklat tidak terkena air walau setitik pun supaya coklat tidak keras dan tahan lama.
3. Setelah coklat tersebut cair, ketepikan dan tuangkan minyak ke dalam coklat. Kacau sehingga minyak tersebut tidak kelihatan.
4. Setelah betul-betul sejuk baru tuang ke atas bubble rice. Kalau nak coklat di atas simpan dalam bekas bertutup semalaman dan sentiasa kacau. Jika tidak, selepas sejuk terus tuang sahaja, coklat akan meleleh ke bawah.
Doakan semoga tuan punya resepi sekeluarga dimurahkan rezeki . Beliau juga ada menjual dengan harga sebekas semurah rm1.50, letak topping rm2.50.
Sumber: Zai Zainah Ismail