Oleh pada 26 May 2019 kategori

Nutella merupakan sebuah jenama lepa minyak sawit yang manis, berperisa dengan kacang hazel dan pepejal koko, secara umum dipanggil sebagai lepa coklat.

Nutella dihasilkan oleh syarikat Itali Ferrero dan mula diperkenalkan pada tahun 1965, meskipun tarikh permulaan pertama pada tahun 1963.

Bahan utamanya ialah gula, minyak sawit, kacang hazel, pepejal koko dan susu tepung.

Hari Nutella Sedunia jatuh pada tarikh 5 Februari.

 

Mini Muffin Nutella 

 

Bahan-bahan: 

  • Telur (1 biji) - jika mahu hilangkan hanyir telur, masukkan esen vanila (1 penutup)
  • Nutella (1/2 cawan)
  • Tepung naik sendiri (5 sudu besar)

 

Cara penyediaan: 

1.Mula-mula campurkan telur dan Nutella sehingga sebati menggunakan pengadun.

2.Kemudian, masukkan tepung secara kaup balik.

Tips: Kaup balikkan menggunakan sudu atau spatula sahaja. 

3. Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam paper cup. Boleh juga gunakan piping bag untuk lebih mudah.

Nota: Boleh tambah apa-apa atas ke atas adunan sebelum dibakar, pemilik resepi letakkan coklat cip. Boleh juga letakkan 'almond nib'.

4. Panaskan ketuhar selama 5 minit sebelum bakar.

5. Bakar adunan mufin pada suhu 170 C selama 15 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing.

 

Nota: Adunan ini dapat menghasilkan 20 biji mini mufin sahaja. Jika mahu banyak, sila gandakan bahan-bahan. 

Resepi Bonus: Cupcake Coklat dengan Nutella Versi Kukus 

cupcake coklat dengan nutella

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 3/4 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Serbuk koko (½ cawan )

 

Ayakkan semua bahan di atas. 

 

  • Susu cair (1 cawan) 
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Overlette (1 sudu besar) - bahan ini pemilik resepi tambah sendiri
  • Choc emulco (1 sudu besar)

 

Cara-caranya :  

1. Campurkan ke semua bahan. Pemilik resepi menggunakan pengadun, gunakan mesin pengisar pun boleh.

Nota: Resepi ini tidak perlu menggunakan telur. Hasilnya masih lazat dan teskturnya lembut.

2. Kukuskan adunan yang sudah dicampur tadi selama 15 minit .

3. Topping di bahagian atas tu pemilik resepi gunakan Nutella dan taburkan juga choc rice .

 

Sumber:

1. Alyna Embong Ina [1, 2]

2. Ermiza Che Abas [12]

3. Wikipedia Nutella




Hakcipta iluminasi.com (2017)