Karipap mini merupakan sejenis karipap yang bersaiz kecil dan kebiasaannya mempunyai isi serunding ikan. Untuk membuat karipap mini, faktor paling utama ialah kerangupannya yang berbeza dengan karipap biasa.

Bagi memastikan kerangupannya menyamai kerangupan biskut cream cracker, dohnya menggunakan minyak yang sedikit. Untuk memperolehi bahagian dalam kulit karipap yang juga garing, ia haruslah digoreng menggunakan api yang perlahan.

Karipap mini yang dijual di pasaran lazimnya berbau hapak dan rasanya bertukar selepas disimpan untuk tempoh masa yang lama. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan marjerin supaya ia dapat disimpan lebih lama biarpun dibungkus dalam plastik.

Karipap Mini

karipap mini 970

Bahan-bahan A:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Minyak panas (1/2 cawan)
  • Air dan garam (secukupnya)

Bahan inti:

  • Udang kering (1 cawan) - direndam dan ditumbuk
  • Kelapa parut (1/2 biji)
  • CIli kering (7 tangkai) - digoreng dan ditumbuk
  • Bawang besar (1 biji) - digoreng dan ditumbuk
  • Gula (secukupnya) - ditumbuk bersama cili kering

Cara-cara penyediaan:

  1. Uli semua bahan A dan direhatkan selama setengah jam.
  2. Masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali dan disangai sebentar. Jika kurang pedas, boleh tambah cili lagi.
  3. Dari adunan yang telah diuli tadi, canai sehingga nipis dan terap bentuk bulat.
  4. Isi inti ke dalam kulit dan kelim secara kemas. Ulang sehingga habis.
  5. Biarkan karipap sedikit kering. Kemudian, baru digoreng dengan api sederhana.

karipap mini 1

karipap mini 2

karipap mini 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Fiza Mh [1, 2]

2. Wikipedia Karipap

3. Resepi Masakan Komersial Percuma (westernfood.yolasite.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)