Oleh pada 29 Feb 2020 kategori

Antara tips yang dapat dikongsikan ialah anda perlu membuat pizza base awal dan frozenkan. Apabila mahu makan, barulah letakkan topping dan bakar.

Untuk pizza base versi mini, ianya mudah untuk dinikmati seisi keluarga. Plastik bungkusan yang digunakan pula boleh dibeli di Ikea dengan harga kurang daripada RM8.

Mini Pizza Homemade

mini pizza versi panjang 1

Pizza base

Bahan-bahan:

  • Tepung roti (600 gram)
  • Air suam (390ml)
  • Yis (7 gram)
  • Gula (1 sudu teh)
  • Minyak zaitun (60ml)
  • Garam (2 sudu teh)

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan air suam, gula dan yis dalam bekas. Biarkan selama 5 minit.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, garam, minyak zaitun dan larutan yis. Uli sehingga tidak melekat pada tangan.
  3. Taburkan tepung pada papan pencanai, uli doh rata dengan kedua belah tangan di letak kiri dan kanan doh, doh dilipat ketengah dan ditolak, kedepan. Ulangi selama 8-10 minit untuk mendapatkan doh yang elastik.
  4. Bulatkan doh, sapu permukaan doh dengan minyak zaitun dan simpan dalam bekas bertutup selama 30 minit.
  5. Setelah naik 2 kali ganda, tumbuk doh untuk buang angin. Bahagikan doh kepada 50 gram (mini pizza) dan bentuk mengikut ketebalan yang diingini. Cucuk doh dengan garfu.
  6. Bakar menggunakan suhu 170c selama 10 minit (untuk frozen) atau 15-18 minit untuk sedia dimakan.

Untuk frozenkan pizza base:

Sejukkan doh pizza, simpan dalam bekas bertutup atau plastik dan bekukan. Tanpa pengawet, boleh tahan selama 3 bulan.

Sos pizza:

Sos jenama Prego tradisional/cendawan (1 tin)

Inti ayam/daging:

  • Bawang Holand (1 biji) - didadu
  • Bawang putih (3 ulas) - didadu
  • Ayam/daging kisar (400 gram)
  • Cendawan butang (1 tin) - dihiris nipis
  • Lada benggala (1 biji) - dipotong dadu kasar
  • Lada hitam
  • Pati ayam
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang Holand dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam atau daging dan masak sehingga daging kering.
  3. Apabila daging telah kering, masukkan cendawan dan lada benggala. Biar masak selama lebih kurang 5 minit.
  4. Perasakan dengan pati ayam, garam dan lada hitam.

Tips: Boleh buat inti ayam atau daging awal dan frozenkan supaya jimat masa.

Bahan-bahan lain:

  • Lada benggala - dihiris nipis
  • Tomato - dihiris bulat
  • Nenas dalam tin - didadu
  • Keju mozarella

Cara bakar pizza:

  1. Untuk pizza base frozen, keluarkan dari freezer dan rehatkan pizza base sehingga lembut.
  2. Sapukan dengan sos pizza dan taburkan keju mozarella diparut.
  3. Letakkan inti ayam atau daging.
  4. Boleh juga taburkan lada benggala, tomato dan nenas.
  5. Akhir sekali, taburkan keju mozarella.
  6. Bakar menggunakan suhu 170c selama 15 minit atau sehingga perang.

mini pizza versi panjang 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Kredit resepi: Norazlina Abd Aziz [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)