Oleh pada 21 Apr 2020 kategori

Kunafa atau nama lainnya iaitu kanafeh merupakan sebuah pencuci mulut keju yang berasal dari tanah Arab. Harganya boleh mencecah sehingga RM150 dan sesuai untuk dijadikan sebagai perniagaan.

Kunafa sepatutnya disiram dengan air gula. Namun, resepi ini tidak perlu lagi dibuat sedemikian kerana sedikit gula telah diletakkan dalam adunan keju krim (cream cheese).  

Kunafa (Kanafeh)

Bahan-bahan:

  • Doh kunafa segera (500gm) - boleh dibeli di Shopee atau kedai bakeri, anggaran harga RM15
  • Keju Cheddar (Cheddar cheese) (secukupnya)
  • Keju Mozzarella (Mozzarella cheese) (200gm)

 

  • Cream cheese (250gm)
  • Susu pekat (1/2 tin)
  • Gula aising (50gm)
  • Vanila (1 sudu makan /sudu besar)
  • Mentega (70gm)
  • Telur kuning (1 biji) - pilihan

Adunan cream cheese:

Pukul cream cheese, susu, gula dan mentega sehingga halus. Masukkan kuning telur serta vanila dan pukul sebentar. Sediakan doh.

Cara-cara membuat:

  1. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kunafa.
  2. Taburkan separuh doh kunafa pada loyang. Kemudian, masukkan adunan cream cheese yang telah dipukul. Taburkan cheddar cheese dan mozzarella cheese. Kemudian, tutup cream cheese dengan sisa doh kunafa tadi dan bakar selama 15 sehingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
  3. Apabila adunan masak, jangan biar terlalu sejuk di luar. Seeloknya dihidang dan dimakan ketika panas dan rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh mencair dalam mulut.
  4. Untuk hiasan atas desert, boleh taburkan kacang pistachio atau badam secukupnya seperti dalam gambar hiasan.

kunafa 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Maslena Alwi II [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)