Oleh pada 20 Dec 2020 kategori

Jika warna keropok kelihatan keperangan, ia bukan kerana anda tidak mahir memasaknya. Sebaliknya, ia bermaksud keropok tersebut berkualiti. Jumlah isi ikan yang digunakan mencukupi. Jika warnanya putih sahaja, ia bermaksud tepungnya sahaja lebih. Ini merupakan petua dari orang dahulu.

Untuk elak hangit, anda perlukan latihan. Jika mempunyai kemahiran yang bagus, tiada masalah untuk menggunakan api kuat sekalipun. Untuk mula berlatih, biasakan dengan api sedikit perlahan. Goreng menggunakan penyepit lebih mudah. 

Jangan tutup bekas ketika keropok masih panas. Biarkan seketika untuk elak lemau.

Keropok Keping

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang/sardin/tamban (½ kg)
  • Tepung sagu/ubi (1½ cawan)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Perasa/Ajinomoto (1 sudu teh)

Cara-cara penyediaan:

1. Uli bahan di atas sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan padat. Jika lembik, tambah tepung sagu atau ubi sedikit demi sedikit.

2. Bentukkan seperti dalam gambar. Rebus sehingga keropok timbul yang bermaksud ia sudah masak.

Nota: Ketika ini, jika mahu makan terus juga sudah boleh.

3. Sejat dan biarkan semalaman supaya keropok pejal dahulu.

4. Awal pagi keesokan harinya, sudah boleh mula hiris nipis-nipis. Pisau perlu sentiasa bersih untuk melancarkan proses menghiris.

5. Setelah siap hiris, susun atas dulang atau talam. Jemur sehingga kering dan keras.

6. Boleh mula menggoreng. 

keropok keping default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Rosaliza Aliah [12]

Sumber informasi: Hafiz Muhammad [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)