Kuih tepung pasung atau tepong pasong adalah kuih kegemaran di pantai timur sama ada di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Ia enak dinikmati ketika waktu pagi atau petang.

Tepong pasong diperbuat daripada tepong beras dan mempunyai inti. Ia diletakkan ke dalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang atau juga dikenali sebagai kelongsong daun pisang.

Ia juga dipanggil sebagai kuih serunai dan sukar untuk dijumpai pada zaman kini.

Kuih ini juga terdapat di Pandeglang, Indonesia.

 

Kuih Tepung Pasung atau Serunai

  

kuih tepung pasung

 

Pertama sekali perlu buat kelongsongnya yang bersaiz 14cm x 14cm. Layurkan dahulu atas api dan ikuti langkah dalam video ini.

 

Bahagian bawah:

  • Gula (2 sudu besar)*
  • Nisang (1 1/2 ketul)*  

➡ Jika tiada, boleh guna gula melaka.

  • Air (1 2/3 cawan)* - 350ml-400ml
  • Daun pandan (1 helai)* - disimpul
  • Tepung beras (40gm)
  • Tepung ubi (20)
  • Air kapur (1 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Didihkan dan tapis bahan berhuruf condong*. Biarkan sejuk.

2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.

3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau sehingga keluar wap dan sedikit kental (rujuk video ini). Tutup api.

 

Bahagian atas:

  • Santan pekat (1 1/2 cawan)
  • Tepung beras (2 1/2 sudu besar)
  • Tepung gandum (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil) - anggaran
  • Gula (1 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental (rujuk video ini).

 

➡ Setelah siap kedua-dua bahan ini, kukusan sudah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dalam lubang-lubang kukusan.

➡ Masukkan adunan bawah 3/4 penuh. Kukus dalam 7 minit atau sehingga ia masak dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dalam 12-15 minit.

  

kuih tepung pasung 1

 

Sumber:

1. Tahrunnisah Jali [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Tepung Pasung



Hakcipta iluminasi.com (2017)