Oleh pada 05 Jul 2019 kategori

Kuih butir nangka atau juga dipanggil sebagai bubur biji nangka merupakan sejenis kuih yang berkuah dan dinikmati ketika masih panas atau agak suam. Ia mempunyai rasa manis yang sederhana berserta aroma pandan dan tambahan biji halba. 

Dari segi warna, anda boleh memilih warna asli dengan menggunakan jus dari air pandan bagi mendapatkan hasil warna hijau pastel. Jika tidak, ia juga boleh dicampur dengan sedikit pewarna hijau epal.

Untuk menambah variasi warna dalam hidangan ini, anda boleh menggunakan buah naga yang dikisar. Selain itu, buah nangka madu juga boleh dimasukkan sebagai aksesori.

Kuih Butir Nangka

Bahan-bahan A:

  • Tepung pulut (500g)
  • Tepung beras (5 sudu besar)
  • Kapur (secubit)
  • Air pandan (1/2 cawan) - 5 helai
  • Pewarna (sedikit)
  • Air (1 cawan)

Bahan-bahan B:

  • Kelapa (1 biji) - dikisar bersama 4 cawan air
  • Gula melaka (2 keping)
  • Daun pandan (2-3 helai)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (4 sudu besar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan A, gaul dan uli sebentar.
  2. Campurkan semua bahan B di dalam periuk dan kacau sehingga semua bahan terlarut.
  3. Kecilkan api.
  4. Ambil adunan tepung tadi, buat bentuk bujur seperti butir-butir nangka dan masukkan ke dalam kuah tadi. Ulang sehingga habis adunan tepung.
  5. Apabila butir telah masak, boleh angkat dan dihidangkan.

Tips:

  • Boleh juga rebus butir nangka tersebut terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam kuah.
  • Semasa proses memasukkan butir nangka ke dalam periuk bersama kuah, ianya perlu dikacau bagi mengelakkan butir melekat.

kuih butir nangka 1 38

Kredit foto: Nurul Amiza (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih butir nangka 2

Kredit foto: Azmawati Ibrahim (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kuih butir nangka 3 332

Kredit foto: Naa O Man (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. HasnieZa Nor [1, 2]

2. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)