Dalam banyak-banyak kuih tradisional di Malaysia ini, kuih pelita yang sangat digemari ramai. Lebih-lebih lagi, pada bulan Ramadhan kerana kuih inilah yang sering dicari untuk juadah berbuka puasa.

Selain itu, kuih tepung pelita ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana rasanya yang agak manis dan lembut. Ianya sangat popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.

Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Nampak macam rumit proses untuk membuatnya bukan? Tetapi, kalau dah teringin sangat bolehlah cuba membuat di rumah. 

sangkar kuih tepung pelita

*Daun pisang untuk membuat sangkar.

Bahan-bahan (bahagian bawah) :

kuih tepung pelita tradisional

1 cawan tepung beras

5 cawan air @ Air pandan

(guna pewarna hijau apple)

Gula cukup rasa

Bahan-bahan (bahagian atas) :

kuih tepung pelita warisan

1/2 cawan tepung beras

5 cawan santan

Garam cukup rasa

Cara-cara memasak :

  • Campur semua bahan-bahan bahagian atas dan kacau hingga sebati.
  • Kemudian, masak di atas api yang sederhana dan kacau hingga keluar gelembung besar serta masukkan kedalam sangkar, ketepikan.
  • Untuk bahagian atas pula, sama juga proses seperti bahagian bawah. Sejukkan.

Cara-cara membuat sarang :

  • Potong daun pisang selebar tapak tangan dan panjang sikit dari tapak tangan.
  • Lipat sedikit dihujung kedua-dua belah daun pisang dan gunting kepada 3 bahagian, lipat dan staplerkan. (Lagi elok kalau guna daun pisang yang keras dan tua untuk senang dibentuk dengan cantik)

Selamat mencuba!

Sumber : Faridah Asri


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)