Oleh pada 28 Mar 2019 kategori

Tepung bungkus merupakan sejenis kuih tradisi yang diperbuat daripada tepung dan berinti kelapa.

Kuih ini dibungkus dengan daun pisang.

Baru-baru ini, ramai memperkatakan tentang harga kuih yang semakin mahal.

Jadi apa kata anda cuba membuat sendiri kuih tepung bungkus di rumah?

 

Kuih Tepung Bungkus (Versi 1)

  

 

Bahan-bahan:

 

Inti:

  • Kelapa muda parut (1/2 biji)
  • Gula melaka (1 ketul)
  • Tepung pulut (1 sudu besar)
  • Air (sedikit)
  • Daun pandan (1 helai)
  • Kicap pekat - untuk hitamkan inti (optional)

 

Salut inti:

  • Tepung pulut
  • Air

 

Lapisan lemak:

  • Tepung beras (1 atau 1/2 cawan)
  • Santan (2 cawan)
  • Garam
  • Daun pisang

 

Cara penyediaan:

Satukan bahan inti, masak sehingga kering dan masukkan tepung.

 

Salut inti:

1. Uli tepung dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit .

2. Ambil doh balut inti yang telah dibuat bentuk bulat .

Lapisan lemak:

1. Bancuh tepung beras dengan santan dan garam. Masak sehingga kelihatan pekat .

2. Layur daun pisang .

3. Ambil lapisan lemak, letakkan atas daun pisang dan letakkan 2 ketul inti.

4. Balut dan kukus selama 20-25 minit .

5. Tunggu sejuk dan boleh dimakan.

 

Kuih Tepung Bungkus (Versi 2)

  

kuih tepung bungkus 1

 

Nota: Resepi ini sesuai untuk keluarga kecil dan dapat menghasilkan anggaran 12-14 biji.

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (1 cawan)
  • Santan pekat (3 cawan)
  • Gula (1 sudu)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Daun pandan

 

➡ Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.

 

Bahan-bahan inti:

  • Kelapa parut (1/2 biji)
  • Gula melaka/nise (1/2 biji)
  • Gula pasir (2 sudu)
  • Tepung gandum (1 sudu besar)
  • Daun pandan

 

➡ Masak gula dengan sedikit air dan tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil, hampir kering letak tepung gandum. Kemudian, sejukkan. 

 

Cara penyediaan:

1. Bulat-bulatkan inti.

2. Layur daun pisang atas api .

3. Letak adunan putih, inti dan letak sedikit lagi adunan putih.

4. Lipat kemas.

5. Kukus selama 10 minit.

 

Sumber:

1. Nor Mardiana [1, 2]

2. Nurshuhada Kamaruzzaman [1, 2]

3. Wikipedia Tepung Bungkus



Hakcipta iluminasi.com (2017)