Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Kuih pepudak (pupudak) atau juga dipanggil sebagai tepung torak merupakan sejenis kuih orang Banjar. 

Ia sesuai dinikmati bersama teh atau kopi panas pada waktu petang.

Kuih ni amat senang untuk dibuat. Namun, membuat kelongsongnya agak sukar. 

Anda boleh menggunakan getah paip dimana gulungkan daun pisang tersebut dengan getah paip. 

Ikat bahagian bawahnya dan keluarkan getah paip tersebut.

Selepas itu, isikan adunan tadi dan ikat atasnya.

 

Pepudak (Tepung Torak): Versi 1

   

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Tepung beras (1 cawan)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Air pandan (1/2 cawan)
  • Santan (700ml) - dari 2 biji kelapa
  • Garam (1/2 sudu teh)

   

Bahan-bahan lain:

  • Daun pisang (secukupnya) - dilayur
  • Tali/getah - untuk mengikat

 

Caranya:

1. Satukan kesemua bahan.

2. Sebatikan dan tapis.

3. Masukkan ke dalam periuk.

4. Kacau sederhana pekat sahaja menggunakan api yang kecil.

5. Angkat dan ketepikan.

6. Sediakan daun.

7. Ambil 2 sudu besar adunan letak di tepi daun, gulungkan dan kemaskan.

Nota: Bungkus memanjang, ikut panjang daun. Lebih panjang, lebih cantik.

8. Ikat dengan tali.

9. Kukus selama 20 minit.

10. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

 

Pepudak (Tepung Torak): Versi 2

pepudak 1

 

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (1 cawan)
  • Santan (2 cawan)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Air daun pandan
  • Air kapur
  • Garam (secukup rasa)
  • Daun pisang

   

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung beras dengan santan, air daun pandan, gula, air kapur dan garam.

2. Kacau adunan di atas api yang sederhana sehingga sebati.

3. Angkat dan sejukkan.

4. Gulung daun pisang dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong atau torak.

5. Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali.

6. Tuang adunan ke dalam torak.

7. Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali.

8. Rebus torak di dalam air sehingga masak.

 

Nota: Untuk hidangan, potong kuih ini mengikut citarasa masing-masing.

 

Sumber:

1. Mas Cotek [1, 2]

2. Noraziah Yazid Nor Cookies [1, 2]

3. Love, Friendship, Spirit & Me (bismiyusra.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)